Monday, December 28, 2009

Hari raya di Dandun - 1971

Tidak lama lagi kita akan menyambut tahun baru 2010...dan kita baru saja menyambut tahun baru hijrah diikuti dengan Hari Natal yang disambut meriah oleh rakan-rakan kita yang beragama kristian.

Teringat pula saya sewaktu kecil dulu di Tandek.Waktu itu kaum keluarga sebelah ibu majoriti adalah pagan ataupun kristian.Keluarga ibu yang beragama islam ketika itu hanya 3 orang. Walaupun begitu setiap kali tiba hari raya kami tetap gembira dan menyambut meriah hari perayaan ini bersama kaum keluarga.

Seperti keluarga islam lain kami turut berziarah.Kami sekeluarga akan menziarahi atuk sebelah ibu (Aki Unggut) walaupun ketika itu beliau belum memeluk agama islam.

Saya masih ingat lagi....pagi itu buat pertama kalinya saya memakai gown maxi yang dibeli oleh kakak sulung saya Norliah.Oleh kerana saban hari saya hanya menggenakan seluar panjang dan baju T maka pada hari itu saya merasa agak kekok berjalan.Namun pujian demi pujian dari ibu,bapa,pakcik dan makcik menaikkan semangat dan saya pun atur langkah ala-ala ayu gitu hehehe.Maklumlah saya ini agak kasar dan tomboy.

Kami memulakan perjalanan beramai-ramai duduk berhimpit dalam kenderaan milik Pakcik Ungas dan Abang El menuju ke rumah Aki Unggut di Dandun.Kata bapa walaupun Aki Unggut belum islam tidak bermakna kita tidak boleh berhari raya bersama beliau.Malah menjadi satu kewajipan bagi kita sebagai anak menziarahi mereka yang lebih tua.

Tiba di Dandun pakcik Ungas dan abang El meletakan kereta ditepi jalan.Rumah Aki Unggut terletak diatas sebuah bukit dan kami terpaksa berjalan kaki mendaki keatas.Bukit itu tidaklah terlalu tinggi tapi pemandangannya amat memukau.

Dihadapan rumah Aki Unggut terdapat sebuah padang kuda yang berpagar.Padang ini adalah tempat dimana Aki Unggut melatih kuda-kuda milik beliau sebelum dijual kepada pembeli yang awal-awal lagi telah menempah kuda-kuda tersebut.Terdapat seekor kuda berwarna putih.Kata mama kuda itu pandai menari.Saya berlari dan cuba memanjat pagar kayu yang dipasang disekeliling padang kuda itu.Kuda putih itu berlari perlahan-lahan kemudian berdiri diatas dua kakinya sambil berbunyi dengan kuat.

Saya seronok melihat kuda-kuda itu tapi Aki Unggut panik la pula.Sambil berdiri dikaki lima rumahnya Aki Unggut memekik mengarahkan saya turun dari atas pagar.....'Turunnn....apa kau buat naik sana....nanti kau kena sepak kuda itu....kau inda boleh dekat-dekat kuda,kau itu perempuan....." Kata Aki Unggut.Dalam hati saya berkata...." apa lah Aki Unggut ini,aku koboi bah...mestilah belajar naik kuda....dia inda tau kah aku ni koboi?...."

Naik kerumah kami disambut gembira oleh Aki Unggut.Beliau sangat suka melihat kedatangan menantu kesayangannya Cikgu Jalil ini.Kebetulan masa itu Aki Unggut sedang minum kinomol yang diletakkan dalam sebuah besen (Mimpun).Dengan rasa gembira Aki Unggut mempelawa bapa minum bersama tapi bapa menolak dengan baik.Dari dapur kedengaran suara Odu Unggayun memarahi Aki Unggut dalam bahasa kimaragang yang antara lain maksudnya ialah " jangan memandai-mandai ajak cikgu tu minum arak,dia tu islam tak boleh minum arak".

Bapa dan mama hanya ketawa mendengar omelan Odu Unggayun yang sedang sibuk membuat kopi untuk dihidangkan kepada kami." Macamana ini...semua gelas sudah kena pakai bikin minum kinomol,terpaksalah kamu pakai mangkuk ini minum kopi...tiada sudah gelas".Kata Odu Unggayun.Duduk dilantai beramai-ramai sambil menghirup kopi o panas dan makan roti masin sangat menyelerakan.Lebih-lebih lagi bila dikelilingi keluarga Aki dan Odu yang sangat penyayang.

Inilah kelebihan keluarga ibu....mereka sangat prihatin dan mengambil berat.Sehingga jika ada mana-mana ahli keluarga bapa yang datang berziarah dari Tawau terasa tidak mahu pulang. Mereka akan tinggal di Tandek hingga berbulan-bulan lamanya.Malah kenangan yang mereka alami semasa di Tandek seperti pengalaman menunggang kerbau menjadi ingatan dan bualan hingga ke hari ini.Seperti saya, mereka juga rindu suasana kampung Tandek.

Wednesday, October 14, 2009

Aku, Anang, Ah Keong, Amjah dan Bonging

Dulu masa kecil, saya dan Anang selalu bermain-main di pekarangan kedai Tandek. Kami mempunyai ramai kawan yang tinggal berhampiran.Setiap hari sewaktu cuti sekolah kami akan bermain bersama-sama di sebuah kawasan lapang dihadapan barisan kedai Tandek yang terletak berhampiran sungai.

Jenis permainan pula mengikut musim.Kadang-kadang main guli,gasing,tumpos, main tali,main galah (orang Tandek kata main jabat) atau main layang-layang. Alat permainan kebanyakannya kami buat sendiri contohnya gasing dan layang-layang.

Anang sangat mahir membuat gasing dan layang-layang.Malah bukan itu saja dia juga mahir membuat sangkar burung serindit (teripos) dan senapang ikan. Besar kemungkinan jika Anang meneruskan hobinya ini hingga sekarang tentu dia boleh buat bakakuk sendiri....hehehe

Satu hari saya dan Anang pergi ke kedai Tandek tetapi kawan-kawan yang selalu bermain bersama tidak kelihatan.Maka saya dan Anang pun pergi ke stesen minyak Benzin milik Encik Koh Chin Siong atau lebih dikenali sebagai Ah Siong. Beliau bukan saja seorang peniaga tetapi juga merupakan Kapitan Cina di Tandek.

Stesen minyak ini tidaklah seperti stesen minyak yang kita lihat hari ini. Ia terletak di sebuah kawasan yang lapang manakala minyak benzin yang dijual disini disimpan didalam deram dan hanya diletakkan diatas tanah.Tidak ada dinding mahupun atap.Ampai-ampai kata orang Sabah.Jika ada pembeli yang datang untuk membeli minyak, maka minyak akan dipam keluar secara manual.

Saya dan Anang meninjau-ninjau sekeliling stesen minyak ini dan mendapati beberapa tong deram rebah ke tanah.Rupa-rupanya deram ini sudah tidak berisi. Kami naik keatas deram yang rebah ini lalu deram ini bergolek dan kami terjatuh. Setiap kali kami naik keatas deram ini ia akan bergolek dan kami pula akan jatuh ke tanah.

Ini membuat kami berasa sangat seronok dan tercabar lalu kami berusaha keras untuk berdiri diatas deram yang bergolek tanpa jatuh ke tanah.Hasilnya deram itu bergolek kesana-sini sementara kami terus bertahan berdiri sambil mengimbangi badan diatas deram supaya tidak jatuh.

Tanpa kami sedari kami telah bergerak jauh dari stesen minyak tadi dan gelagat kami menarik perhatian Ah Keong; kanak-kanak lelaki tionghua yang tinggal berhampiran.Ibu Ah Keong adalah pengusaha salon rambut di pekan Tandek ketika itu.

Ah Keong berlari-lari mendapatkan kami dan turut mengambil sebuah deram kosong.Tidak berapa lama kemudian beberapa orang kanak-kanak lain turut bermain sama.Maka riuh rendahlah jadinya.Deram kosong berserakan disana-sini.Akhirnya kami dimarahi oleh tuan punya stesen minyak.

Saya dan Anang berlari ke kawasan warung dimana Babu Rukinah menjalankan perniagaan warong kopinya.Ah Keong pula mengekori kami." Heii....pulang,jangan ikut kami".Kata Anang tapi Ah Keong tidak peduli dan terus mengekori kami.

Saya dan Anang tidak ke warung Babu Rukinah tetapi berlari terus ke warung milik ibu kepada salah seorang rakan baik kami bernama Amjah dan bersembunyi di belakang warung itu.Tujuan kami supaya Ah Keong tidak dapat mencari kami dan akan pulang kerumahnya.Tetapi Ah Keong berjaya menjejaki kami.

Kami berlari semula ke stesen minyak,kali ini ditemani Amjah.Kami bersembunyi di celah-celah deram berisi Benzin kemudian berlari semula kearah warung. Berbagai cara kami lakukan supaya Ah Keong berhenti mengekori kami tetapi Ah Keong tetap tidak mahu pulang.

Akhirnya saya, Anang dan Amjah masing-masing memanjat pokok yang ditanam berbaris diantara dua deretan warung di pekan Tandek itu.Pohon kayu itu adalah dari jenis kayu lembut kalau tidak silap mungkin dari spesis kayu beringin.Ia rendah dan rendang, dijadikan pohon hiasan disamping berbagai spesis bunga-bungaan lain.Cantik sekali pekan Tandek masa itu.

"Apa kamu buat diatas sana?" tanya Ah Keong.

"Ohh...kami dengar radio" kata Anang dan Amjah serentak.Sementara saya pula kebingungan.Mana ada radio atas pokok ni saya berkata dalam hati.Waktu itu saya tidak perasan bahawa pokok yang saya panjat itu mempunyai lubang kecil dan lubang itu adalah sarang bonging.Saya tidak tahu apa itu bonging dalam bahasa melayu.Ini adalah nama yang sering kami gunakan.

Bonging adalah sejenis serangga yang agak besar seperti lebah (penyengat) cuma tidak mengeluarkan madu.Ia suka membuat sarang didalam batang pokok. Uniknya sarang ini tidak kelihatan dari luar.Apa yang kita nampak hanyalah satu lubang kecil cukup-cukup untuk seekor bonging keluar masuk.Biasanya kami akan mencucuk lubang ini dengan ranting kayu dan bonging itu akan mengeluarkan bunyi dengung yang kuat dan inilah yang dimaksudkan dengan 'radio'.

Melihat lubang itu fahamlah saya maksud Anang dan Amjah.Saya turun dari pokok lalu mengambil sebatang ranting kayu dan memberikannya kepada Ah Keong. "Nahh....ko ambil ni..ko panjat ni pokok.Ko nampak tu lubang kan? ko cucuk pakai ni ranting pas tu ko dengarlah....ada tu radio bebunyi..."

Kami bertiga lari beredar sementara Ah Keong terus duduk diatas pokok mendengar bunyi bonging.


Wednesday, September 9, 2009

Hari Raya di Tandek

Hi salam semua,

Salam ramadhan selamat berpuasa.Sekarang ini saya sedang duduk-duduk di taman mini depan rumah saya di Taman Indah Permai,Kota Kinabalu.Tapi suasananya tidaklah seindah dan sepermai mana.Bunyi kenderaan yang hingar bingar membingitkan telinga.Ini membuatkan saya rindu dengan kampung halaman - Tandek.

Damai sungguh suasana di Tandek.Waktu saya kecil-kecil dulu bila tiba bulan ramadhan saya sangat seronok.Apa tidaknya di bulan ini orang kampung akan bergilir-gilir menghantar moreh (juadah berbuka puasa) ke masjid.Biasanya ibu akan membuat kuih lepat pisang kesukaan saya. Tapi saya ni kira pelahap lah juga sebab semua yang ibu masak adalah kesukaan saya...hehehe.

Saya dan kakak saya Rohaya akan menghantar moreh ke masjid.Ibu akan meletakkan kuih lepat pisang tadi atas talam tembaga.Ibu saya ni satu hal juga, sudahlah talam tembaga tu berat, letak kuih banyak-banyak lagi lah berat.Adooiii makk....tak pa,buka puasa nanti aku bedal semua kuih ni.

Jarak antara rumah saya dengan masjid lebih kurang 1 batu.Dan sejauh itulah saya akan menjunjung kuih lepat pisang dalam talam tembaga itu di atas kepala saya....cubalah bayangkan betapa tercabarnya saya ketika itu.....sabar...sabar...sekejap lagi tiba waktu berbuka.

Tiba di masjid kuih saya serahkan kepada para petugas yang terdiri dari kaum ibu.Sementara menunggu waktu berbuka saya dan kakak akan keluar bermain dengan kawan-kawan di pekarangan masjid.Hmm...inilah budak,kalau dah nakal tu nakal juga...cubalah bawa mengaji kah...ini tidak ....

Asyik bermain hingga terlepas waktu,kuih kesukaan ? alaa...dapat sekerat ja...

Dihari yang lain,saya dan abang Anang serta sepupu-sepupu yang tinggal berjiran akan main di sungai.Alahai....mentang-mentanglah cuaca panas ditambah pula dengan berpuasa,sehari suntuk kami berendam dalam sungai.Ada pahala lagi kah puasa kami tu....? kwang 3x

Malam tujuh likur, kami pasang lilin untuk menggantikan pelita.Nak pasang lampu kelap kelip ? ish...mana ada bekalan elektrik masa tu.Abang Otok dan Pakcik Makibin pun mulalah sibuk mencari buluh dihutan.Nak buat apa...? apa lagi meriam buluh lah...kalau di Tandek orang panggil katub...hahaha.Seronok main katub ni tapi mesti hati-hati salah tembak diri sendiri yang terbakar.Pernah juga rambut dan bulu mata abang Otok terbakar gara-gara main katub ni...hehehe.Saya pula kalau pasang katub sengaja sumbat muncung katub dengan tin sardin.Bukan apa nak tengok kekuatan katub tu,boleh tak tembak tin tu jauh-jauh.Buat ujian senjata la tu...

Paling seronok bila tiba hari raya.Kami pakai baju raya sedondon dengan kain langsir wuakaka.....Biasanya untuk juadah hariraya ibu buat kuah kacang makan dengan ketupat.Bapa akan ambil pucuk kelapa di belakang rumah untuk dibuat kelongsong ketupat.Eeii...jangan tak tahu saya pandai menganyam ketupat...ketupat sate,ketupat jantung....

Kakak Rafeah akan buat biskut raya,kuih kering dan macam-macam lagi.Bentuk kuih dia ada yang bulat ada yang bujur,yang berpintal-pintal pun ada.Kira terer jugalah kakak aku ni buat kuih,oven dia oven kampung diperbuat daripada tin minyak masak... ciptaan bapak tu....ada api atas bawah ooo pakai sabut kelapa.Kuih dia sedap dan harum bukan macam kuih yang berlambak sekarang....rupa ja lain-lain tapi rasa sama saja.

Paling best bila bapa buat dodol labu....saya suka makan dodol labu yang masih panas-panas. Hmm...sekarang saja saya sudah ngiler....(ngiler ertinya terliur dalam bahasa jawa).Ini buat batal puasa ni.

Masa kecil-kecil dulu saya ni tomboy.Orang raya pakai baju kurung saya pakai baju melayu siap bersongkok lagi....lucu pula bila teringat....tapi yang seronoknya bila dapat duit raya saya sisip celah songkok.Dulu-dulu mana ada sampul...orang bagi duit raya 10 sen,20 sen itu dah kira lumayan dah....bukan duit raya jadi ukuran tapi keseronokan bersama keluarga dan rakan.

Akhir kata....selamat berpuasa....


Thursday, August 27, 2009

Selamat Bersungkai

Hi salam ramadhan untuk semua,

Sudah 6 hari kita umat islam berpuasa.Bila bercakap tentang puasa otomatik orang akan terfikir tentang juadah berbuka.Maklumlah lapar dan dahaga.Seolah-olah puasa ini hanya berkait tentang makanan dan minuman saja.Sedangkan konsep dan makna puasa sebenar jauh lebih mendalam. Tapi saya tidaklah mahu mengulas tentang ini kerana saya bukan pakar agama.

Apa yang ingin saya kongsi disini adalah kenangan manis sewaktu saya kecil di kampung Tandek. Setiap menjelang ramadhan kami sekeluarga akan berpuasa.Adik beradik saya ramai 14 orang apa lagi hari-hari macam hari raya riuh-rendah,hingar- bingar sebutlah apa-apa lagi.....memang itulah kami Keluarga Bahagia.

Pertama kali puasa abang saya Otok yang memang suka menyakat kenakan saya.Katanya kalau budak-budak yang baru belajar puasa boleh minum dan puasa tidak batal.Tapi dengan satu syarat minum air paip sahaja.Saya yang masih belum mengerti ikut saja dan tanpa berfikir panjang terus minum air paip didapur.Hahaha.Bapa hanya mampu beristighfar bila melihat kenakalan Otok dan kealpaan saya.

Dulu-dulu untuk berbuka juadahnya tidak semewah orang sekarang.Hari ini bazar ramadhan ada dimana-mana.Berbagai jenis makanan dan minuman ada dijual pilih saja mana mau.Kami dulu buka puasa paling hebat pun bubur kacang hijau.Kalau kebetulan ada jagung yang mama tanam dikebun,mama buat bubur jagung.Sekali sekala bapa beli spaghetti untuk dijadikan bubur mi.Pernah makan bubur mi? Sedap tau tapi kena pakai spaghetti bukan mi kuning yang ada di pasar tu.

Di Pekan Tandek tahun 60an,kedai runcit si Kim Siew ada jual spaghetti,boleh beli sikit-sikit boleh beli banyak-banyak kalau cukup duit.Tapi biasanya kami beli sekitar harga 20 sen saja itupun sudah cukup untuk satu hidangan bubur mi yang enak.Kalau kebetulan musim buah dan si Saibon Abpalan ada masuk hutan ambil buah ratu dan sukang (durian kampung) tambah sedap lagi lah bubur mi itu sebab ada durian.Hmm....meleleh liur aku.

Biasanya setiap petang bapa akan memetik buah kelapa muda untuk dijadikan minuman waktu berbuka.Tugas saya ialah mengisi air kelapa kedalam jug dan mengorek isi kelapa muda untuk digaulkan bersama airnya.Air kelapa muda ini sebenarnya banyak khasiat.Ia dapat meneutralkan toksik yang ada didalam badan kita tapi mesti air kelapa muda yang asli bukan air kelapa yang sudah diinjek dengan air gula untuk menambah manisnya.

Kadang-kadang mama buat kuih.Biasanya pais pisang dan kalau ada jagung mama buat pais jagung.Kalau saya rajin parut ubi kayu mama akan buatkan pais ubi kayu.Tapi yang paling saya suka ialah lempeng sagu.Kata pakcik Awang lempeng sagu ini nama sebenarnya ialah ambulung sepupu sekali ambuyat lah tu kan? sebab kedua-duanya diperbuat daripada sagu rumbia.Saya suka makan ambuyat cecah kuah ikan basung masak ampap.Kalau ambulung saya makan begitu saja.

Makanan kami dulu-dulu ringkas saja tapi sehingga menjilat jari.Hmm....rindu ikan ampap masakan mama.


Ya Allah,engkau tempatkanlah roh kedua ibu bapa ku bersama para solihin.Amin



Saturday, May 9, 2009

SELAMAT HARI IBU

Hi salam sahabat untuk semua dan Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu diluar sana.

Ibu...ibu...engkaulah ratu hati ku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu...ibu...engkaulah ratu hati ku
Tempat ku menyerah kasih
Tiap waktu

Betapa tidak....hanya engkaulah
Yang menerangi hidupku
Sepanjang masa dikau berkorban
Tidak putusnya
Bagai air laut

Ibu...ibu...engkaulah ratu hatiku
Kau tak dapat lupakan
Wahai ibu

Senikata lagu allahyarham Tan Sri P Ramlee diatas memang tepat sekali.Ibu adalah segala-galanya bagi setiap dari kita.Tanpa ibu tidak mungkin kita berada dimana kita berada sekarang.

Kata orang satu ibu mampu menjaga sepuluh anak tetapi sepuluh anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.Sebagai anak ayuh kita buktikan bahawa kata-kata itu tidak benar dan bahawa kita juga mampu menjaga ibu dengan baik.

Pertama kali saya berpisah dengan ibu sewaktu umur saya 14 tahun.Oleh kerana di Tandek belum ada sekolah menengah dan SMK Kota Marudu pula belum ada bangunan sendiri dan kelas yang ada hanya sampai tingkatan 3; maka bapa memindahkan saya bersekolah di SMK Likas,Kota Kinabalu.

Saya sangat sedih,saya tidak mahu pindah.Berbagai alasan saya beri....tiada tolong mama jaga tu sapi..., tiada tolong mama pigi sawah...,tiada tolong mama belah kelapa.... semua alasan-alasan ini ditolak mentah-mentah oleh bapa.Sia-sia saja bapa beli rumah di KK baru kamu nda mau pigi sekolah sana...kata bapa dalam nada seperti merajuk tetapi dalam masa yang sama memberi perintah.

Maka berangkatlah saya ke Kota Kinabalu dengan membawa sebuah beg pakaian yang dibuat daripada kayu dan dilapis plastik bunga-bunga....menumpang kereta si Ah Mong.Tiba di Kota Kinabalu,kakak AragangTandik sedang menunggu dan menyambut ketibaan saya dengan tersenyum gembira....tapi saya senyum terpaksa.Hati saya bagai dikuyak-kuyak.

Malam menjelang tiba....adduuuyaaiiii.....bukan lagi kuyak-kuyak hati saya tetapi sudah sampai peringkat hancur lebur.Kakak masak untuk kami makan malam,saya langsung tidak membantu tiada mood.Kata kakak marilah makan.....

Saya datang ke meja makan dan pelbagai lauk pauk yang enak terhidang.Dalam hati saya bertanya-tanya....apa diorang mama buat sekarang di Tandek....makan kah diorang tu sekarang....makan apa diorang tu disana....Tiba-tiba airmata saya mengalir,selera tertutup.Saya langsung tidak boleh makan.Saya hanya menangis dan terus menangis.

Saya rindu ibu....saya rindu bapa...saya rindu adik-adik di rumah.Saya rindu suara ibu yang marah-marah sayang itu.Dunia terasa sunyi sekali tanpa mendengar suara ibu yang orongit itu muputok marah.Selama seminggu saya tidak lalu makan.Setiap kali melihat makanan terhidang saya pasti teringatkan ibu bapa dan adik-adik di Tandek dan akhirnya.......jeng jeng jeng...... saya telah dimasukkan ke hospital unit kecemasan kerana mengalami gastrik yang sangat teruk....

Namun dalam keadaan saya terbaring lesu dan kesakitan kakak saya si Datin sempat lagi mengusik ...aikk untung kau oo....ada James Wong tu nah di katil sebelah kau. Kena gantung dia punya kaki....Hehehe kakak saya si Datin ini memang lucu, ada-ada saja dia punya cerita.Apa lagi diwaktu peristiwa ini terjadi (sekitar tahun 1977) James Wong sangat terkenal dan kakak saya ini pun kaki bola juga.Maka sambil menjaga saya dia mengambil kesempatan juga menjenguk-jenguk idola bola sepak Sabah - James Wong.

Selamat Hari Ibu......


Friday, April 24, 2009

Wanita paling istimewa bagiku - Ondiun Unggut

Hi salam sahabat,

Ondiun Unggut itulah nama ibu saya atau nama Islamnya Hajah Fatimah Unggut.Ibu saya seorang yang tegas dan sentiasa berpandangan jauh.Namun dalam ketegasan dia sebenarnya seorang insan penyayang dan lemah lembut.Begitu menghormati orang lain tidak kira bangsa agama pangkat dan keturunan.

Ibu tidak pernah bersekolah tetapi dia bijak.Kata ibu arwah datuk Unggut tidak benarkan dia bersekolah tidak seperti abangnya Haji Baudi dan adik lelakinya Haji Madinah yang bukan saja berkesempatan belajar malah mampu meraih jawatan tinggi dalam kerajaan sehingga menjadi wakil rakyat.

Ibu berkahwin dengan arwah bapa Hj Kee Abdul Jalil pada usia yang sangat muda.Ini semua diatur oleh arwah datuk Unggut.Orang dulu-dulu tiada cinta-cinta dating-dating macam sekarang.Sebagai anak mesti menurut perintah.

Kebetulan pula arwah datuk Unggut sangat menyenangi arwah bapa,maka datuk mengambil beliau sebagai menantu.Kata ibu,arwah bapa selalu datang kerumah datuk Unggut kerana bapa tua saya Hj Baudi bukan saja menjadi anak murid bapa tetapi lebih kepada seorang kawan rapat.

Setiap kali bapa datang,datuk Unggut akan memerintahkan ibu untuk menghidangkan air kelapa segar kepada bapa.Air kelapa segar ini betul-betul segar,mana tidaknya setiap kali bapa sampai,datuk akan suruh ibu panjat sendiri dan petik buah kelapa tersebut dan menghidangnya kepada bapa.Cubalah bayangkan....mama sia kana suruh panjat kalapa ba oleh si aki unggut....,dapan-dapan bapa sia lagi tu.Macamana lagi bapa sia tidak jatuh cinta....aduuuyaii.Kalau sikarang kamurang sanggupkah buat begitu?

Arwah ibu saya ini terkenal juga sebagai seorang yang bengis dan garang.Tapi garang dan bengis beliau itu bersebab dan lebih banyak didorong oleh perasaan sayang.Pernah satu hari saya dalam perjalanan kesekolah,seorang lelaki yang saya tidak kenal menegur saya.... "Aii, kau anak si Ondiun ka?". Saya jawab " Ya,napa?".Lelaki itu menjawab " Kau tau ka mama kau itu Orongit,siapa lagi yang paling garang di Tandek ini kalau bukan mama kau"."Ya tau,tapi dia hebat" kata saya.

Ibu memang Orongit saya akui itu.Dari kecil saya sudah terbiasa dengan rutin harian ibu. Seawal jam 5 pagi dia sudah turun ketanah melihat tanaman di sekitar kawasan rumah dan dari tanah dia akan mengejutkan kami dari tidur."Bangunlah kamu semua,hantar kamu ini sayur tampat si Anggi sama ini telur tampat si Ah Vui,bangunlah tinggi hari sudah ini".Inilah wake-up call kami.

Jam 6 pagi bagi ibu sudah tinggi hari.Sebenarnya bangun awal dan rajin bekerja bukan saja amalan ibu tetapi amalan orang-orang dusun kimaragang secara amnya.Dan pendapat saya inilah yang dimaksudkan oleh orang-orang tua kaum kimaragang dulu-dulu dengan seloka ini "Pigi karja jangan kana matahari,makan puas-puas,tidur puas-puas".Maksudnya kita kena bangun awal turun ke bendang sebelum matahari terbit.Setelah seharian letih bekerja maka berehatlah dan makanlah sepuasnya dan tidurlah sepuasnya.Esok pagi bangun awal untuk bekerja dan begitulah seterusnya.Dan inilah yang ingin diterapkan oleh ibu pada kami.

Ibu banyak berkorban untuk kami.Memandangkan kami adik-beradik ada 14 orang maka setiap kali makan ibu menyuruh bapa menemani kami makan sedangkan beliau hanya duduk minum kopi o.Tujuannya adalah untuk mempastikan kami makan sepuasnya sementara beliau hanya makan apa yang tersisa oleh kami.Begitulah ibu sanggup berkorban untuk 14 anak tetapi 14 anak belum tentu sanggup berkorban untuk seorang ibu.

Ibu banyak mengajar kualiti hidup yang baik kepada kami.Walaupun dia Orongit dia tidak pernah mengambil tindakan terburu-buru.Bukan macam sia kuat mangamuk hehehe.... bukan apa ba itu darah Panglima Tumunda masih kuat dalam badan sia.Pernah satu hari mendiang nenek marah-marah kerana ubi dan lain-lain tanaman beliau dicuri orang. Apalagi saya dan Anang pun secara suka rela menjadi hero kampung mengintai siapakah pencuri itu.

Tanpa disuruh kami bertindak sendiri mengikut instinct kami.Maka sengsaralah dua budak yang mencuri tadi kami kerjakan.Kebetulan ibu datang dan meleraikan pergaduhan yang tercetus antara kami dan dua budak tadi. "sudah...sudah...kenapa kamu pukul anak urang...jangan kamu begitu." kata ibu sambil menarik saya dan Anang manakala mendiang nenek hanya melihat dari jauh.

" kamu ni anak siapa? kenapa kamu mencuri? nahh...kamu ambillah semua ini kamu bawa pulang.lain kali kamu jangan lagi mencuri aahh" kata ibu sambil menghulurkan ubi dan sayur-sayuran yang dipetik oleh dua orang budak tadi.Saya dan Anang ternganga melihat tindakan ibu." mak mak inda adil mak,diorang tu mencuri napa mama kasi itu ubi sama diorang.Dulu kami ambil jambu si Awang Ali bapa marah kami dia suruh kami kasi lakat balik tu buah dipokok.Ini diorang mencuri mama kasi la pula,inda adil mak inda adil" kami menyuarakan bantahan.

"Bukan begitu,kita perlu mengajar diorang supaya diorang inda lagi mencuri bukannya menumbuk memukul macam kamu buat tu" kata ibu.Nak tahu apa tindakan ibu seterusnya?

Hmm....mama sia pigi jumpa ketua kampung tempat itu budak-budak tinggal dan kasi cadangan supaya orang-orang kampung sana bercucuk tanam. Memang pada mulanya mereka ini tidak ada kemahiran bercucuk tanam kerana kemahiran serta punca pendapatan mereka adalah sebagai nelayan tetapi berkat usaha ketua kampung dan dibantu oleh ibu mereka kini pandai berkebun dan tidak perlu mengambil tanaman orang lagi.

Itulah ibu saya Ondiun Unggut,walaupun tidak pernah sekolah beliau sentiasa membantu mengajar dan menyedarkan sesiapa sahaja peri pentingnya hidup mandiri dan self sufficient.
Al Fatihah buat ibu tersayang......

Monday, April 20, 2009

My beloved aunty - Babu Rukinah

Hi salam sahabat untuk semua,

Kalau di entri yang lalu saya bercerita tentang mendiang nenek Oriyim,hari ini saya hendak bercerita tentang seorang lagi wanita istimewa dalam hidup saya iaitu allahyarhamah Babu Rukinah @ Halimah - adik bongsu almarhum ibu saya.Adik beradik kandung ibu saya hanya empat orang (seibu sebapa) manakala yang selebihnya adalah adik beradik tiri sama ada seibu atau sebapa.Tetapi hubungan mereka semua rapat seperti adik beradik kandung.

Apa istimewanya Babu Rukinah ini?

Semasa muda arwah babu ni sangat cantik.Kecantikannya begitu asli tanpa perlu sebarang alat solek.Arwah babu juga sangat penyayang.Walaupun dia tidak dikurniakan anak tetapi hidupnya tidak sunyi kerana kesemua anak-anak buahnya rapat dan manja padanya.

Arwah babu juga sangat rajin.Kalau nenek Oriyim menenun sendiri kain untuk beliau jadikan pakaian,arwah babu juga tidak kurang hebatnya.Dia pandai menjahit pakaian dan mereka bentuk berbagai jenis fesyen yang cukup up to date.

Arwah babu juga sangat pandai memasak dan masakan kegemaran saya dan semua anak-anak buahnya termasuk Sangguru tentulah tidak lain tidak bukan " ayam masak kicap ".Sampai terliur-liur saya menaip sekarang ini teringat masakan arwah.Dia juga sangat mahir membuat kuih-muih.Pelbagai jenis kuih selalu beliau sediakan seperti wajik,kuih lenggang,pulut tetal, apam dan banyak lagi.

Mungkin ramai yang tidak tahu dulu-dulu di tahun 60an arwah Babu Rukinah berniaga menjual soto dan kuih-muih di warung pekan Tandek.Saya dan Anang selalu ikut bermalam di warung terutama sekali hari minggu malam isnin kerana esoknya (hari isnin) adalah hari tamu.Orang ramai akan berkumpul beramai-ramai membawa bermacam-macam jualan daripada buah-buahan hinggalah barangan kraftangan seperti takiding dan lampit.

Ada juga yang datang semata-mata untuk berjudi (satu tabiat yang nampaknya sangat sukar untuk dihapuskan).Sabung ayam,katam-katam,macam-macam jenis judi ada.Malangnya suami arwah babu (pakcik Awang) pun terlibat sama dan ini membuat babu sangat marah.

Satu hari saya dan Anang telah diberi tugas-tugas khas oleh arwah babu.Tugas khas itu ialah mengintip kemana pakcik Awang pergi dan apa dia buat.....jeng jeng jennnggg......Kami dengan bangganya menurut perintah dan sedia berkhidmat.Perlahan-lahan kami mengikuti pakcik Awang dari belakang.Kami pastikan beliau tidak menyedari kehadiran kami.Kik kik kik.....

Tiba di satu spot yang agak terlindung dari pandangan mata Babu Rukinah,Pakcik Awang pun membentangkan sehelai kertas yang terdapat macam-macam gambar.Orang ramai mula berkerumun didepan beliau.Sambil pakcik Awang membaling dadu orang ramai menikam gambar-gambar pilihan.Saya tidak berapa faham cara perjudian itu cuma apa yang saya nampak pakcik Awang memungut semua wang yang dipasang oleh orang yang turut serta dan memasukkan wang tersebut kedalam sebuah tin kosong.

Saya dan Anang terus berdiri di belakang pakcik Awang tanpa beliau sedar.Jarak antara kami dan pakcik Awang hanya dipisahkan oleh sebatang tiang dimana beliau bersandar.Sepertimana yang telah diarahkan setiap kali pakcik Awang mengutip wang dan memasukkan kedalam tin maka setiap kali itu juga saya dan Anang mengambil wang tersebut perlahan-lahan ...... hahaha dengan kata lain kami pi curi duit dia hehehe......

Malang tidak berbau, salah seorang peserta acara judi itu ternampak saya dan Anang mengambil wang dari dalam tin tersebut lalu melaporkan kepada pakcik Awang.Dalam keadaan panik saya dan Anang membawa lari semua wang kutipan pakcik Awang.Tapi memandangkan kami adalah spy upahan yang terlatih, kami tidak membawa wang itu kepada babu.Kami berlari ketempat lain,Kononnya supaya babu terlepas dari tuduhan bersubahat dengan kami.Kerana sayangkan Babu Rukinah kami rela menjadi kambing hitam.

Kami bersembunyi dibelakang gerai tempat orang menjual buah-buahan.Sambil bersembunyi dan menunggu kemarahan pakcik Awang reda sempat juga kami mengambil beberapa biji langsat milik orang.Addehhh.....mencuri la pula.

Kami hanya keluar dari persembunyian bila tuan punya langsat sedar yang kami telah mengambil beberapa biji langsat dari takiding dan memarahi kami.Diluar tidak kedengaran lagi suara pakcik Awang yang marah-marah malah kelibatnya juga tidak kelihatan.Kemana agaknya dia......?

Dengan gembiranya kami menyerahkan semua wang yang kami ambil tadi kepada Babu Rukinah dan ganjarannya tentulah secawan kopi dan sebiji kuih apam.Hmm....sedappppp.....

Sedang kami enak menikmati juadah hasil jerih payah kami menjadi spy tiba-tiba kami di kejutkan oleh suara bapa "Pulang....ini pula kerja kamu ikut-ikut sini.kecil-kecil sudah belajar jadi pencuri.Mulai sekarang kamu tidak boleh lagi ikut tidur di warung dan tidak boleh jalan kemana-mana kecuali sama bapa".Rupa-rupanya pakcik Awang telah melaporkan kejadian tadi kepada bapa.Patutlah beliau marah sakan.

Dengan lemah longlai kami ikut bapa pulang.Jauh disudut hati kami sedih dan risau takut tidak dapat bersama-sama dan bermanja dengan Babu Rukinah.Ternyata babu juga sama.Dia menutup gerainya dan menetap di rumah.Masanya lebih banyak dihabiskan melayan kerenah kami yang nakal dan manja.Pakcik Awang juga begitu tidak pernah jenuh melayan kenakalan kami terutama sekali saya yang terlalu manja kepada kedua-dua mereka.

Semasa bapa menyambung pelajarannya di Australia,mereka lah yang banyak membantu ibu menjaga kami.Pakcik Awang lah yang sibuk menggendong saya kesana kemari.Maklumlah saya sangat manja pada bapa dan setiap hari saya memanggilnya pulang.Kerana terlalu rindukan bapa maka setiap hari saya duduk di tangga menunggu kapal terbang limpas dan memanggil "Pakk...turunlaaahhhh....".Pakcik Awang lah yang akan memujuk saya.

Begitu juga sewaktu ibu dan bapa menunaikan haji di Mekah, mereka lah yang menjaga dan merawat kami disamping pakcik-makcik dan bapa tua Hj Baudi Unggut.Terkenal dengan sifat manja saya,bapa tua mempastikan semua anggota keluarga memberi perhatian pada saya." Jangan kamu kasi susah-susah hatinya,dia itu kalau tiga hari inda nampak bapaknya pandai sakit itu....". Lucu tapi itulah keluarga kesayangan saya - Keluarga Unggut yang sentiasa mengambil berat kebajikan keluarga.

Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat.Al Fatihah.

Wednesday, April 8, 2009

Wanita-wanita istimewa dalam hidup ku

Hi salam semua,

Lama betul sia kasi tinggal ini blog,bukan apa....sia talampau sibuk bah.Macam-macam masalah timbul.Belum selesai satu datang lagi satu.Nasip lagi sia ni kira Taiko juga lah...... (addeehh...puji diri sendiri pula ni).....dapat juga sia kasi salasai lah satu persatu.Alhamdulillah.

Hampir setiap hari saya melihat wajah-wajah istimewa ini didepan mata,raut wajah,renungan mata mereka sentiasa terbayang dan terpahat teguh diminda saya.Lebih-lebih lagi bila saya ada masalah, bayangan wajah-wajah mereka memberi kekuatan semangat kepada saya kerana mereka adalah wanita-wanita gigih yang pernah saya kenali.Siapa kah mereka yang istimewa ini?

Wanita- wanita istimewa yang saya maksudkan adalah almarhum ibu saya Hajah Fatimah Unggut dan mendiang nenek Oriyim (Emak kepada almarhum ibu) serta almarhum Babu Rukinah @ Halimah (adik kepada almarhum ibu).Nenek Oriyim tidak berkesempatan untuk memeluk agama Islam walaupun almarhum bapa tidak putus-putus memujuk dan berdakwah bukan saja pada nenek tetapi semua ahli keluarga yang masih pagan.

Apa istimewanya mendiang nenek Oriyim dimata saya?

Saya hanya berkesempatan mengenali nenek dan tinggal berjiran dengannya selama lebih kurang 4-5 tahun saja.Tahun 1966 bapa membuat keputusan untuk menetap di Tandek setelah sekian lama berpindah-randah kerana desakan tugas sebagai guru sekolah.Waktu itu saya masih terlalu muda masih kanak-kanak dan belum mengerti tentang perbezaan pegangan agama.

Bapa membina rumah untuk kami tinggal di tanah ladang yang baru dibuka, manakala nenek Oriyim pula tinggal di tanah ladangnya sendiri di seberang sungai berhadapan dengan rumah kami.Waktu itu belum ada jambatan gantung untuk menghubungkan kami dengan nenek di seberang.Untuk ke seberang kami menyusuri sungai ketika air surut.

Satu hari ibu mengajak saya dan Anang ke rumah nenek. Dengan gembiranya kami ikut menyusuri sungai sambil mengutip siput Tuntul dan Kayakau yang banyak terdampar di pasir di dasar sungai.Kebersihan dan kejernihan air sungai Tandek ketika itu memberi peluang kepada pelbagai hidupan air untuk hidup disitu dan menjadi sumber makanan orang kampung.

Tiba di rumah nenek saya melihat ibu dan nenek mesra berbual-bual.Saya dan Anang hanya duduk diam mendengar perbualan mereka yang langsung kami tidak faham kerana mereka berbahasa kimaragang.Bosan..saya dan Anang meronda ke seluruh pelusuk rumah nenek. Setiap bilik dalam rumah itu kami buka.Bilik 1....wowww....harta karun....kata Anang.

Kami tergamam melihat banyaknya koleksi barangan yang diperbuat daripada tembaga didalam bilik itu.Cerek,periuk,talam,gong dan macam-macam lagi peralatan tembaga yang berukir indah.Saya cuba menghitung tapi tidak terdaya...terlalu banyak.Orang-orang Dusun Kimaragang memang banyak menyimpan barangan tembaga seperti ini yang di panggil Gadur dan Sumbul serta Tagung dan Kulintangan.

"Jangan kamu membungkar sanaa....." emak memberi amaran.Saya dan Anang keluar dan masuk pula ke dalam dapur.Kami meninjau-ninjau kalau-kalau ada makanan yang boleh kami makan.Tiba-tiba nenek pula bersuara.." jangan kamu makan apa-apa disana.kamu nda boleh makan sini ".Nenek berkata sesuatu pada ibu dan menyuruh kami pulang.

" Apa lah nenek tu...lokek...belum pun kita makan sudah bising marah...." kata Anang dan saya mengiyakan saja.Memang pada dasarnya nenek kelihatan sangat bengis,garang dan selalu saja marah bila melihat saya dan Anang datang kerumahnya.Tetapi di waktu-waktu lain dia begitu baik malah bersusah payah menghantar buah-buahan yang beliau petik dari kebunnya ke rumah kami.

Satu pagi,saya dan Anang berjalan berdua saja ke rumah nenek.Kebetulan di rumah nenek ramai keluarga berkumpul.Nenek menyediakan sarapan pagi yang begitu enak kelihatannya. Bila melihat saya dan Anang datang nenek pun mula marah-marah " Apa kamu bikin sini awal pagi ini....Omboh,Juali....kamu ingat ah...jangan kamu pandai-pandai kasi makan ini anak cikgu ini.Nda boleh diorang makan sini".

Nenek berlalu masuk ke dalam bilik sementara saya dan Anang hanya berdiri dipintu dapur. Bila kelibat nenek sudah tidak kelihatan makcik Omboh dan pakcik Juali memanggil kami masuk...."kamu mau makan?" Tanya makcik Omboh. "Mau". Saya dan Anang serentak menjawap.Makcik Omboh pun menghidang bihun goreng yang dimasak oleh nenek kepada kami.

Sedang kami enak makan tiba-tiba nenek muncul dan dengan kuatnya bertempik memarahi kami semua.Makcik Omboh dan Pakcik Juali kehairanan.Nenek Oriyim memulas telinga saya dan Anang dan menarik kami keluar ke kaki lima dapur dan memerintahkan kami muntah.

" Kaamu lah budak nda pandai mandangar di kasitau.Kamu muntah itu...muntah.Kasi muntah aku bilang...muntah.Kasi kurik itu leher kamu kasi muntah semua itu makanan." Nenek begitu marah sekali.Dia kemudian menjerit-jerit memanggil ibu di seberang.Bila ibu datang nenek terus memarahi ibu.

" Jangan lagi kau biar anak-anak kau datang sini.Kau lah ini kasi biasa-biasa diorang jalan sini.Kamu nda boleh sudah datang sini....kamu sudah lain.Nda sama sudah kamu sama kami. Kau jaga itu anak-anak kamu jangan diorang ikut-ikut kami makan". Panjang lebar nenek berceramah.Ibu hanya mendiamkan diri dan membawa kami pulang.

Dirumah saya dan Anang mula melemparkan soalan-soalan bonus kepada ibu dan bapa... " kenapa bah nenek tu jahat,kenapa bah nenek tu lokek,nenek nda suka mama kah,kenapa nenek nda suruh kita pigi rumah dia....bla...bla...bla...". Bertubi-tubi kami menyoal ibu dan bapa.

"Bukan begitu...nenek tidak jahat,nenek tidak lokek.Nenek sayang kamu sebab itu dia larang kamu makan di rumah dia.Kita Islam...nenek pagan (tiada agama).Kita tidak boleh makan apa yang nenek makan".Bapa memberi penerangan kepada kami.Barulah kami faham rupa-rupanya ketika itu hanya kami dan keluarga Babu Rukinah @ Halimah sahaja yang beragama Islam sedangkan ahli keluarga yang lain masih pagan.

Nenek Oriyim walaupun tidak berkesempatan memeluk agama Islam, beliau begitu mengambil berat kebajikan kami cucu-cucunya dan menjaga agar kami tidak termakan apa yang diharamkan dalam Islam.Beliau cukup memahami dan menghormati pegangan agama ibu dan bapa.Beliau tidak sekalipun memperlekeh pegangan agama kami.

Itulah istimewanya nenek Oriyim...tegas, gigih dan berani.

Saturday, February 21, 2009

Inspirasi ku

Heran sia...berabis pula kamu cerita pangait.hehehe...tiada bah semua itu.

Hai....salam semua,

Dulu masa saya kecil di Tandek ada juga saya dengar cerita pasal pengait ataupun soge'eh ini. Kononnya pengait ini memenggal kepala orang untuk diletakkan dibawah jambatan yang baru hendak dibina.Kononnya lagi kalau dibawah jambatan itu tidak diletakkan kepala orang maka jambatan itu akan roboh.

Bukan nak tunjuk pandai tapi dari kecil lagi saya dan abang saya Anang selalu berfikir mengikut lojik.Kami tidak akan terima cerita yang kami dengar secara membuta tuli tanpa alasan kukuh lebih-lebih lagi sekiranya cerita itu tidak masuk akal.Bagaimanapun kami tidak menolak mentah-mentah apa yang kami dengar.Kami akan mengkaji dan membuat rujukan tentang fakta atau kebenaran cerita itu.

Pakar rujuk kami tentulah mama dan bapa.Sekiranya mama dan bapa kata cerita itu benar barulah kami percaya tetapi biasanya setiap soalan kami berkaitan pengait @ soge'eh dan balan-balan (hantu penanggal) pasti mendapat jawapan begini ....manada ka semua tu, sengaja saja bah urang bikin2 tu cerita supaya kamu jangan kuat momiansau. Jadi kesimpulannya kami tidak percaya.

Mama dan bapa - sumber ilham ku

Mama dan Bapa adalah Inspirasi ku.Sesuai dengan jawatan bapa sebagai guru maka dia banyak mengajar kami pelbagai aspek kehidupan selain pelajaran di sekolah(siap ada papan hitam dan rotan disediakan di rumah.Wuakaka).Mama pula banyak mengajar kami kemahiran hidup.Dulu-dulu di sekolah tiada subjek ini jadi saya belajar dari mama.

Salah satu kemahiran yang mama ajar kami ialah belanjawan.Haa...jangan tak tahu,saya dari sekolah rendah lagi sudah pandai buat belanjawan tapi yang stail kampung-kampunglah.Setiap kali tiba cuti panjang penghujung tahun mama akan suruh saya dan Anang buat senarai barangan yang kami perlukan untuk sessi persekolahan tahun berikutnya.Selesai membuat senarai kami di suruh pula membuat anggaran kos pembelian barangan tersebut. Selepas itu kami diminta mencari sendiri dana yang diperlukan.

Pigi kamu kumpul itu kelapa tua,kamu belah lepas tu jemur bikin kopra.Nanti sudah kering kamu jual saana tampat si Ah Lian .Begitulah mama memberi tunjuk ajar bagaimana mendapatkan wang. Biasanya kami akan ke kebun memungut buah kelapa yang sudah tua bertiga, iaitu saya,Anang dan kakak kami Rohaya.Buah kelapa tua ini pula dikait oleh seorang pekerja yang bernama Ya'al.Tak tahulah kalau ejaan namanya itu betul tapi sebutan lebih kurang begitu. Masa saya kecil dulu saya selalu berfikir mungkin nama sebenarnya mirip nama inggeris Al.....hehehe

Maka kami bertiga pun bekerjalah di kebun memungut buah kelapa tua sebanyak-banyaknya menggunakan takiding (knapsack orang dusun).Lepas itu buah kelapa itu kami belah dan jemur hingga separuh kering atau sampai isi kelapa lekang dari tempurung supaya mudah kami kopek.Isi kelapa ini kemudian akan kami salai diatas tempat menyalai yang dipanggil garangan untuk dijadikan kopra.Sesudah itu kopra ini akan diisi kedalam guni untuk dijual.

Peraih seperti Ah Lian dan yang lain-lain akan datang mengangkut sendiri kopra tersebut dari rumah kami setelah menimbang berat kopra yang telah kami hasilkan.Dan mereka akan menghantar kopra ini ke kilang untuk dijadikan minyak masak.

Biasanya kami akan memungut buah kelapa tua yang ada di sekitar rumah tetapi oleh kerana saya dan Anang bercadang untuk mengumpul lebih banyak dana maka kami berdua pergi ke Kebun Lama untuk mengumpul buah kelapa tua yang ada disana.Maka setiap hari kami berulang alik ke Kebun Lama berdua saja.

Satu petang kami ditegur oleh seorang lelaki yang memang kami kenal dan orangnya sudah dewasa.Kami memanggil beliau dengan nama T....(biarlah saya saja yang tahu).Beliau dan keluarganya menumpang tinggal di kebun mama di Nobunsut dan dia bolehlah dikatakan sebagai orang kepercayaan mama.

Bagus kamu berenti-berenti dulu pigi kebun lama itu.Sana saana dulu kamu di rumah.Musim pengait ini sekarang.Ada sudah urang kana putung kapala.Saana Tingkalanon pun ada dua urang kana putung kapala.Begitulah T.... memberi amaran kepada kami.Tiba dirumah saya dan Anang pun bertanya kepada mama dan bapa.Entahlah, mungkin bagus jugalah kalau kamu jangan dulu pigi mana2.Diam2 ja lah dulu kamu dirumah.Mama memberi saranan.Maka saya dan Anang pun menurut saja.Kelapa tua yang sudah kami belah di Kebun Lama ditinggalkan begitu saja.

Selepas tiga hari dan setelah saya dan Anang berbincang panjang, kami mengambil keputusan untuk pergi ke Kebun Lama untuk mengopek isi kelapa tersebut.Lagipun kami merasa apa yang dikatakan oleh T.... itu hanya rekaan.Alangkah terkejutnya kami bila tiba di Kebun Lama..... semua kelapa tua yang kami belah itu hanya tinggal kulit dan tempurung saja sementara isinya habis dikopek orang.Naa kan...apa aku bilang.Memang orang sengaja bah bikin2 cerita pengait ni supaya orang kampung takut...jadi senanglah diorang mencuri.Diorang menyamar ja pura-pura jadi pengait tau2 pencuri.Anang meluahkan kemarahannya.

Kami berdua pulang ke rumah dengan perasaan hampa dan mengadu kepada mama dan bapa. Tidak lama kemudian sekumpulan orang dari Tingkalanon datang ke rumah.Cikgu oh cikgu.. ini si T.... kami tangkap.Dia mencuri padi yang kami jemur.Mula-mula dia kasi tau kami ada pengait jadi kami semua pun ketakutan.Pagi-pagi kami jemur padi lepas itu terus kami masuk berkurung dalam rumah sebab takut pengait.Bila petang kami mau angkat tu padi tiada sudah....habis kena angkat pencuri.Sudah tiga hari begitu jadi kami intailah siapa yang mencuri itu padi.Naahh...sekali kami tengok dia pula ini.Kami pukul terus kami ikat.Inilah kami bawa dia pigi sini.Ketua kumpulan itu memberi penerangan yang agak panjang lebar kepada bapa.

Bapa kemudian menasihatkan ketua kumpulan itu membawa T.... ke balai polis dan membuat laporan di sana.Setelah disoal siasat akhirnya T.... dipenjarakan atas kesalahan mencuri.Dengan insiden ini saya dan Anang tambah tidak percaya cerita pengait tapi tetap berhati-hati demi keselamatan.Semua ini berkat didikan mama dan bapa yang mengajar kami pelbagai kemahiran hidup.

Terima kasih mama dan bapa.....syukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan kami ibubapa yang bijak dan prihatin....semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka dan di tempatkan bersama para solihin.....

Al-Fatihah


Saturday, February 7, 2009

Indahnya Tandek

Politik...politik...politik.Sana sini orang cerita politik.Dalam dewan dalam pejabat dan yang paling hebat dalam kedai kopi.Orang politik cakap pelan-pelan bincang-bincang dengan serius,pemerhati politik bincang secara ilmiah, orang ramai yang bukan ahli politik tetapi secara tidak langsung menjadi pemerhati pula yang paling bising di kedai kopi.Hehehe......biasa lah itu.

Assalamu alaikum dan selamat sejahtera,

Saya sebenarnya bukan mau cerita politik.Ini bukan bidang saya dan bukan kegemaran saya walaupun pada hakikatnya saya dilahirkan dalam keluarga yang rata-rata terlibat dalam hal ehwal berkaitan politik tanah air.Terus terang saya katakan otak saya tidak begitu kuat untuk berfikir bila disebut tentang politik.Tapi ini tidak bermakna saya tidak mengambil tahu hal-hal semasa terutama yang melibatkan negara kerana sebagai rakyat saya perlu tahu kemana hala tuju kepimpinan negara ini supaya mudah pula untuk saya merancang hala tuju saya sendiri. Dan untuk itu saya sentiasa pastikan saya berada di landasan yang betul bagi mempastikan negara terus aman dan saya boleh cari makan.

Bukan apa, bila kita berada di landasan yang salah, tindak tanduk kita boleh menggugat keamanan negara.Cari makan pun susah.Hala tuju...? Tidak tahu lah mau jadi apa.Asyik cerita politik saja tapi tiada rancangan pembangunan,buat apa?!. Jadi bagi saya fikir yang simple saja. Tenang-tenang cari makan, tak perlu jalan-jalan tunjuk perasaan.

Dulu-dulu selepas Sabah merdeka, kerajaan telah menubuhkan Jabatan Penerangan yang bertindak sebagai ejen kerajaan untuk memberi pelbagai bentuk informasi kepada rakyat dan begitu juga sebaliknya. Di Bandau sebuah pejabat Jabatan Penerangan telah dibina di penghujung tahun 60an.

Apa yang menarik bagi saya bila bercakap tentang Jabatan Penerangan ini ialah wayang prii .....hehehe.Memandangkan di tahun 60an belum ada lagi siaran telivisyen dan Tandek pula begitu jauh terpencil serta tidak mempunyai pawagam maka peluang untuk menonton wayang gambar hampir tidak ada.Maka dengan adanya Jabatan Penerangan ini barulah saya dan orang kampung Tandek berpeluang menontong wayang gambar.Free pula itu.

Biasanya pegawai penerangan akan menghebahkan ke seluruh kampung jika ada wayang prii.
Hebahan ini mereka buat dengan menggunakan pembesar suara yang dipasang diatas kenderaan milik Jabatan Penerangan.Maka akan kedengaranlah laungan yang sangat saya nanti-nantikan ini.....Tuan2 dan Puan2, malam ini ada wayang gambar di padang sekolah SRK Tandek........hati saya berbunga kegembiraan mendengarnya.Wuakaka.....

Kenderaan milik Jabatan Penerangan ini akan masuk ke seluruh pelusuk kampung sambil menghebahkan kepada umum tentang wayang prii yang bakal ditayangkan.Orang yang sedang bekerja diladang atau disawah mengambil kesempatan untuk pulang awal mandi dan bersiap-siap untuk ke padang sekolah menonton wayang gambar.

Saya pun tidak ketinggalan.Biasanya saya akan ditemani oleh Anang,Rohaya,Pakcik Awang dan Babu Rukinah.Sementara bapa dan mama hanya duduk dirumah menjaga adik-adik yang masih kecil.Maklumlah kami ni adik-beradik terlalu ramai sampai 14 orang....Nong, kau minta list nama kami semua adik beradik kan?....hmm....paning saja kau tu nanti kebingungan oleh talampau ramai....hehehe.

Kami akan berjalan kaki beramai-ramai ke padang sekolah bertemankan cahaya lampu suluh ataupun lampu picit.Dan ada juga yang menggunakan cahaya obor atau babang.Sepanjang perjalanan saya dan Anang adalah antara yang paling gembira.Apa tidaknya didalam kegelapan malam bertemankan cahaya babang dan lampu picit,saya dan Anang sempat lagi menangkap uir-uir - sejenis serangga berwarna hijau,bentuknya seperti lalat cuma saiznya agak besar dan berbunyi agak kuat.

Sebelum wayang gambar dimulakan ucapan alu-aluan akan diadakan.Didalam ucapan ini tentu saja diselitkan berbagai informasi penting yang ingin disampaikan oleh kerajaan kepada rakyat. Dan biasanya ucapan ini akan disampaikan oleh pegawai bertugas yang mana salah seorang daripadanya adalah warga Tandek sendiri iaitu Haji Ahmad Ali Bin OKK Osman atau nama glamournya Ning.Bukan Ning Baizura tapi Ning anak Babu Undaun.

Seperti kebiasaannya saya ini memang jarang memberi perhatian dalam bab ucapan-ucapan politik.Tambahan pula pada masa itu saya masih kecil lagi dan kurang faham tentang apa yang ingin disampaikan melalui ucapan itu.Cuma apa yang menarik perhatian saya pada masa itu adalah laungan Merdeka! sebanyak 3 kali yang merupakan laungan wajib setiap kali tayangan gambar percuma tajaan Jabatan Penerangan diadakan.Dan saya akan memekik dengan kuatnya Merdeka..Merdeka.....Merdeka....!!! bukan kerana saya begitu patriotik (malah masa itu saya tidak tahu pun kenapa laungan itu dibuat) tetapi kerana saya tahu selepas laungan itu wayang prii akan dimulakan.

Seronoknya tidak terhingga melihat ramainya warga Tandek berkumpul dipadang sekolah menonton wayang.Masing-masing mengambil bangku dari dalam kelas dan dibawa kepadang. Hmm....berani-berani ja ambil tanpa izin dari guru besar.

Tayangan gambar biasanya dari filem-filem melayu yang dibintangi oleh P Ramlee, Rosyatimah dan ramai lagi.Pakcik Awang paling suka kalau dapat tengok wayang P Ramlee.Dia kata suara P Ramlee itu bulat.Saya hanya mendengar saja apa yang dikatakan Pakcik Awang dan sesekali cuba membayangkan bagaimana bulatnya suara P Ramlee.Sambil menonton terdapat pula selingan telur bercahaya terbang di udara dan orang ramai memekik atau memangkis dengan kuatnya.Kononnya bila terdengar suara orang memangkis,telur bercahaya ini akan jatuh.Benar atau tidak....wallahu alam.Tetapi perihal telur terbang ini sudah terlalu sinonim dengan Tandek dan bukan sesuatu yang perlu dihairankan.

Setelah tamat tayangan gambar tibalah masa untuk pulang.Masa ini saya sudah separuh tidur. Saya akan memegang tangan Pakcik Awang sambil berjalan dengan mata separuh tertutup.Apa lagi semua lopak dan lumpur saya pijak.Pakcik Awang pula tidak henti-henti memarahi saya sepanjang jalan pulang.Biasanya saya hanya akan menjawap....dukunglah bah aku.hehehe. Dan biasanya walaupun marah-marah sambil muputok (merungut),saya akan di sungang (di gendong diatas bahu) oleh Pakcik Awang.

Selain daripada Jabatan Penerangan terdapat juga berbagai syarikat swasta yang datang ke Tandek membuat tayangan gambar percuma.Biasanya syarikat-syarikat ini adalah syarikat rokok yang datang membuat promosi produk mereka seperti White Horse dan syarikat yang terbabit dalam pengeluaran bahan minuman seperti Milo dan Ovaltine.

Bezanya antara syarikat-syarikat ini dengan Jabatan Penerangan ialah filem-filem yang ditayangkan adalah filem dari barat dan filem cina.Maka timbullah istilah-istilah Wayang Milo, Wayang Ovaltine dan Wayang White Horse.Saya dan Anang paling suka kalau ada Wayang White Horse kerana filem yang ditayangkan adalah filem koboi yang dibintangi oleh John Wayne.Biasanya dalam filem ini digambarkan kisah pertarungan antara orang putih dengan kaum red indian.Tetapi oleh kerana filem ini berbahasa inggeris dan saya pada masa itu hanya tahu pis pis kelupis pais (tak pandai bahasa inggeris la tu) maka saya hanya mengandaikan bahawa filem koboi itu mengisahkan tentang seorang anak muda lawan bombek.Wuakaka.Tapi siuk jugalah sebab setiap dialog dalam filem koboi itu saya karang sendiri dalam saya punya kepala.Dan bombek itu adalah red indian.

Saya dan Anang memang sudah ketagih menonton wayang prii.Pantang ada tayangan gambar kami mesti pergi.Satu hari ada wayang ovaltine.Filem yang ditayangkan adalah filem cina.Pakcik Awang tidak mahu menemani kami dan bapa pun melarang kami pergi berdua saja. Tapi kerana kami memang sudah ketagih wayang kami curi-curi keluar melalui tingkap bilik tidur kami.Sepatutnya kami ini mendapat anugerah paling kuat momiansau.

Tiba di padang sekolah tayangan gambar telah dimulakan.Saya dan Anang mencari tempat paling selesa untuk menonton.Tiba-tiba ada lagi selingan telur terbang.Orang ramai memangkis tapi telur terbang itu tidak jatuh.Entah kenapa keadaan menjadi riuh rendah. Orang ramai berlarian seperti ketakutan.Saya dan Anang pada mulanya relax saja tapi keadaan seperti bertambah teruk.Saya dan Anang pun berlari pulang ke rumah.

Di pertengahan jalan kami ternampak lagi sebiji telur terbang dan kali ini cahaya api seakan memercik-mercik dari telur terbang tersebut.Saya dan Anang memangkis sekuat hati tetapi tidak menampakkan kesan.Barulah kami sedari rupanya kami hanya berdua didalam kegelapan malam itu tanpa ada cahaya lampu picit mahupun babang.

Kami berlari sekuat hati hingga tiba di perkarangan rumah dan terus menuju ke tingkap bilik tidur kami yang sengaja kami tinggalkan dalam keadaan terbuka.Alamak.....siapa tutup jendela, macamana kita mau masuk....saya bertanya kepada Anang bila melihat tingkap bilik kami sudah terkunci.Rupa-rupanya bapa datang memeriksa bilik kami semasa kami keluar menonton wayang dan dia sengaja mengunci tingkap dan pintu untuk memberi pengajaran kepada kami. Dengan lemah longlai kami pun naik kerumah melalui tangga hadapan dan duduk di kaki lima.

Tapi bapa memang sangat penyayang, walaupun kami telah melakukan kesilapan besar dan sudah bersedia untuk tidur di kaki lima, namun semangat kebapaan meruntun jiwa bapa dan mengizinkan kami masuk.Lain kali jangan buat begini lagi kata bapa dan kami hanya mampu mengangguk.


Saturday, January 31, 2009




Tadi saya balik Tandek.Tinjau-tinjau kebun.Takut tanam-tanaman rosak selepas banjir hari itu.Alhamdulillah......tidak banyak kerosakan.Cuma pokok kelapa pandan yang saya tanam hari itu hanyut entah ke mana.Tidak apalah nanti tanam lagi.

Tidak banyak yang boleh saya buat di kebun.Tanah masih lembab.Kesan banjir masih jelas.Cuaca pun agak mendung dan sesekali hujan renyai-renyai.Teringat pula saya masa kecil-kecil dulu kalau hujan renyai-renyai waktu
tengahari ataupun hujan panas, orang tua-tua
melarang saya keluar rumah.

"Jangan kamu main hujan panas....ada topulalanggoi itu menangkap budak-budak...."

Itulah ungkapan yang sering saya dengar.Tapi tadi dikebun saya sendirian tiada lagi kedengaran suara-suara orang tua yang terpekik-pekik melarang saya dulu.Begitu hening dan sunyi suasana.Yang kedengaran hanyalah bunyi chain saw si Malek di seberang.Entah apa lagi yang di tebang si Malek ni.Macam habis sudah pokok kelapa di keliling rumah mereka di tebang yang tinggal hanya pokok kelapa yang bengkok-bengkok tu.

Hmm....zaman sudah berubah.Sempat juga saya mengambil gambar jambatan gantung depan rumah si Malek.Teringat pula sama si Illie-Tompipiris.Mesti dia rindu jambatan tempat dia lari 100m ni.Hehehe.....Kalau kebetulan kau balik Tandek Illie, jangan lagi kau berlari 100m di jambatan tu aahh....nanti putus pula tu jambatan.Wuakaka.

Sedang saya menimba air di perigi terdengar pula bunyi tokek.Kamu tau kah apa itu tokek.Yang macam cicak tapi besar sikit dari cicak tu.Kalau berbunyi kuat betul, satu kampung boleh dengar.Dulu waktu kami kecil-kecil kalau tokek berbunyi kami menyahut.Kami sebutlah untung, rugi.Contohnya tokek itu akan berbunyi begini :

Tokek : tokeekk...
Kami : untungggg.....(menyahut beramai-ramai)
Tokek : tokkeekkk......
Kami : ruuggiiii........
Tokek : tokkkeeekkk.....
Kami : unntuuunnnggg.....

dan begitulah seterusnya sehinggalah tokek itu berhenti berbunyi.Kalau di penghujung bunyi tokek itu sahutan kami adalah rugi maka rugilah konon kami.Kalau di penghujung bunyi tokek itu sahutan kami adalah untung maka untunglah kami.Untung apa atau rugi apa saya pun tak tahu tapi terasa seronok sangat.

Suasana lebih meriah bila Malek adik-beradik turut sama menyahut bunyi tokek itu.Lucu tapi memang itulah antara aktiviti kami semasa kecil.Kebetulan pula tokek sangat banyak di sekitar rumah kami...ada di pokok belunu, ada juga di pokok kelapa di belakang rumah kami dan didalam kebun keluarga si Malek dan ada juga didalam rumah.

Adik saya si Yus lain pula.Bila tokek berbunyi dia tidak menyahut macam kami.Dia diam saja sambil berfikir.Entah apa-apalah yang dia fikir taulah dia kan $en$ei.Satu hari tokek berbunyi, kami ramai-ramai macam biasalah menyahut bunyi tokek tu.Bila tokek tu berhenti berbunyi tiba-tiba si Yus tanya saya.....Kenapa bah itu tokek tu..., dia panggil nama dia sendiri...??

Mendengar soalan bonus dari Yus, kami semua tertawa berdekah-dekah.Lucu betul rasanya. Selama ini kami tidak pernah terfikir tentang ini.....mana kau tau tokek itu memang nama dia, mungkin dia ada nama lain, kita ja yang pandai-pandai kasi nama dia tokek sebab bunyi dia begitu.Jawab Otok sambil ketawa.Tapi Yus dengan seriusnya terus berfikir.....mesti nama dia tu ....hehehe.Yus...Yus...memang kau ni dari kecil sampai besar terlampau kuat berfikir ooo....

Ada satu cerita lucu tentang tokek ini.Kononnya dulu-dulu orang-orang putih yang menjajah Sabah ni suka memburu.Adalah konon satu orang mat saleh ni pergi memburu di sungai Kinabatangan.Binatang yang diburu adalah burung.Sungai Kinabatangan pula terdapat banyak buaya.

Agaknya memang hendak dijadikan cerita, kononnya mat saleh itu telah berjaya menembak seekor burung dan burung itu jatuh kedalam sungai.Mat saleh itupun memerintahkan Boatman terjun kedalam sungai untuk mengambil burung itu tetapi Boatman itu enggan.

Boatman : tidak mau tuan....takut....ada buaya
Mat saleh : buaya....? ....apa itu buaya....? (dengan slanga mat saleh yang pekat)
Boatman : aaa....aaa....macam tokek tuan....
Mat saleh : Tokek....? ....apa itu tokek....?
Boatman : aaa....macam cicak tuan.....
Mat saleh : (sambil ketawa berdekah-dekah) .....cicak...? .....hahaha...ooohhh....kiicciikk...
pergi turun ambil......


Hahaha....terpaksalah Boatman itu turun.



Tuesday, January 27, 2009

Tompipiris kawad sompilut

Hi salam semua,

Bertemu lagi dilaman ini.Apa khabar semua...tentulah baik kan.

Saya suuuka betul buka blog si Tompipiris.Tau kenapa? Sebab saya suka melihat gambar sarang lebah yang dia paparkan dilaman blognya.Gambar sarang lebah ini banyak mengimbau kenangan terindah saya sewaktu di Tandek kecil-kecil dulu.

Seperti yang pernah saya ceritakan didalam entri saya sebelum ini, selain Anang saya ada lagi seorang abang yang agak nakal juga dan sentiasa sibuk dengan aktiviti harian.Kalau Anang suka menggetah burung dan menembak ikan di sungai, abang saya yang lagi seorang ini pula gemar mencari madu lebah liar.

Otok - itulah nama glamour abang saya ini.

Kegemarannya masuk ke hutan bersendirian mengambil madu lebah.Kebetulan pula di Tandek dulu-dulu banyak sarang lebah.Tidak perlu jauh-jauh di belakang rumah kami saja pun terdapat banyak sarang lebah dari berbagai jenis.Nama saintifik tetap sajalah saya tidak tau tapi kalau dalam bahasa kimaragang nama-nama spesis lebah itu terdiri dari Tompipiris, kawad dan sompilut.

Kebiasaannya Otok pagi-pagi lagi akan keluar rumah dengan membawa bersama sebuah cangkir dan sekotak mancis.Selepas sehari suntuk di hutan dia akan pulang kerumah membawa secangkir madu.Dan biasanya madu tompipiris.

Otok begitu taksub dengan aktivitinya ini.Hampir setiap hari dia akan keluar rumah untuk mencari madu lebah lebih-lebih lagi diwaktu cuti sekolah.Pendek kata bekalan madu asli di rumah memang tidak pernah putus.Dan orang yang paling gembira tentulah bapa.

Satu hari di hari raya....aikk..macam lagu M.Nasir pula...seperti biasa Otok terus dengan aktivitinya.Selesai solat sunat aidil fitri dan setelah bersalam-salaman bermaaf-maafan sesama ahli keluarga, Otok cepat-cepat menukar pakaian dan terus mencapai cangkir kuning kesayangannya serta sekotak mancis.Dia langsung tidak menjamah hidangan yang telah emak sediakan.

Saya : Tok..kau mau pigi mana ?
Otok : Diam!!
Saya : Tok....kau mau pi mana niii...?
Otok : Aku bilang diam...diamlah nda payah tanya.Sibuk.!!!
Saya : Aku mau ikut...
Otok : Nda payah....penangis...!!!

Otok terus berlalu dan langsung tidak menoleh sewaktu bapa panggil.

Tidak berapa lama kemudian Otok pulang.Seluruh mukanya bengkak di sengat lebah.Tapi sempat juga dia membawa pulang setengah cangkir madu.Kata bapa lain kali makan dulu supaya tidak kempunan.

Peristiwa itu tidak mematahkan semangat Otok untuk mencari madu lebah liar.Kali ini dia ternampak sarang lebah yang sangat besar....waahh...ini sarang kawad ni...mesti banyak dia punya madu...kata Otok.Dia tidak terus mengambil madu lebah itu, sengaja dia biarkan sarang itu selama beberapa hari.Agaknya dia sedang mengatur strategi bagaimana hendak menawan lebah tersebut.

Satu pagi yang indah dan tenang....dengan cahaya mentari yang menyinar terang...Otok keluar rumah.Kali ini dia membawa bersamanya sebuah baldi selain daripada cangkir kesayangannya. Sekotak mancis juga dibawanya bersama.Itu senjata wajip.

Seperti biasa dia pergi bersendirian.Bukan apa dia tidak mahu kami di sengat lebah sebab itu dia tak mahu membawa kami bersama.Tidak berapa lama kemudian Otok pulang dengan gembira.Misi Berjaya.Diwajahnya terpancar cahaya gumbira dengan senyumnya yang lebar menampakkan giginya yang berlapis.hehehe...jangan marah tok.Itu gigi memang trade mark kau bah.

Kebetulan sewaktu kepulangannya kami semua berada dihalaman rumah.Apa lagi kepulangannya kami sambut meriah.Baldi merah yang dibawanya tadi terisi separuh dengan madu kawad, sarang kawad dan sarang tompipiris.Manakala cangkir kuning kesayangannya pula penuh terisi dengan madu tompipiris.

Sambil menghulurkan baldi dan cangkir madu kepada bapa yang tersenyum riang, Otok memanggil saya.Dia mengambil sarang tompipiris dari dalam baldi yang berisi madu dan menghulurkannya kepada saya.

Otok : Nahh....sini kau...kau isap-isap ni sarang, manis ni.
Saya : Eeeiiii.....nda mau ada giuk....(ulat lebah)
Otok : Bukan giuk bah tu...anak penyangat.Makan bah makan nda apa-apa juga bah tu.

Saya berlari keliling rumah kerana tidak mahu dipaksa makan sarang penyangat.Manakala Otok terus mengejar sehinggalah dia dipanggil oleh bapa.Anang pula dengan bahagianya menghisap madu dari sarang lebah tadi tanpa menghiraukan ulat lebah yang masih tersemat didalam sarang itu.

Hari ini bila melihat orang menjual madu dan royal jelly saya teringat peristiwa tadi.Rasa menyesal pula kenapa saya tidak ikut saja arahan Otok untuk menghisap madu lebah itu dari sarangnya.Sedangkan royal jelly sejati ada disitu.

Tok...bagus kau kasi turun ilmu mencari madu ini sama si Dwen.Tapi madu lebahlah bukan madu yang lagi satu itu.hehehe...

Sampai jumpa lagi.....Salaaaammmm.




Sunday, January 25, 2009

Gerhana matahari

Hi salam semua,

Esok 26 Jan 2009 diramalkan akan berlaku gerhana matahari.Teringat pula saya sewaktu masih kecil di Tandek dulu.Saya tidak ingat tahun berapa mungkin sekitar 1968 telah berlaku gerhana matahari.Gerhana matahari pada waktu itu adalah antara yang paling hebat pernah saya alami.Apa tidak siang berubah seperti malam.

Kami di kurung dalam rumah langsung tidak di benarkan keluar malah tingkap ditutup rapat.Saya curi-curi buka tingkap dan melihat keadaan di luar rumah.Wahh.....tidak ubah seperti malam yang gelap gelita.Bila bapa saya tahu saya curi-curi buka tingkap dia lantas memarahi saya.Katanya nanti mata jadi buta.Cepat-cepat saya menutup semula tingkap itu.

Sebenarnya selain daripada gerhana matahari ada satu peristiwa lagi yang menyebabkan kami dikurung dalam rumah.

Pada tahun 1965 telah berlaku konfrantasi dimana Indonesia cuba menakluk Malaysia.Beberapa orang tentera Malaysia telah di tembak mati oleh tentera Indonesia ketika sedang bersolat di Kalabakan Tawau.Akibatnya kerajaan telah mengeluarkan perintah berkurung.

Keadaan ini berlarutan hingga ke tahun-tahun berikutnya.Malah selain Indonesia,Filipina juga tidak henti-hentinya membuat tuntutan keatas negeri Sabah.Maka sebagai langkah berjaga-jaga perintah berkurung diarahkan.

Saya masih ingat lagi pada suatu pagi saya dan kakak saya Rohaya berjalan menuju ke rumah pakcik Awang.Kami melihat banyak kesan tapak kasut di atas jalan.Kesan itu nampak jelas kerana jalan raya Tandek masa itu tidak di tabur batu.

Rohaya : Nahh...kau tengok banyaknya tapak kasut.Ini mesti kasut askar ni.
Saya : Macamana kau tau?
Rohaya : Aku tau lah.Orang kampung mana ada kasut.Askar ja yang ada kasut begini.
Saya : Berkata dalam hati......betul juga kan.

Tidak lama kemudian datang sekumpulan askar yang di ketuai oleh seorang mat saleh bernama Francis berjumpa bapa saya.Mereka berbincang dan saya langsung tidak faham kerana mereka berbahasa inggeris.Tiba-tiba ketua askar itu berpaling kearah kumpulan askar yang diketuainya dan berkata sesuatu yang masih lagi saya tidak faham.Apa yang saya dengar waktu itu seolah-olah berbunyi begini.....pis pis kelupis pais.Hehehe maklumlah waktu itu saya masih belum bersekolah.Umur saya ketika itu ialah sekitar 5-6 tahun.

Tiba-tiba askar-askar itu memasang kemah di halaman rumah kami.Dan kami di minta berkurung didalam rumah dan mengunci semua pintu serta tingkap.Saya tidak tahu kenapa tapi kami terpaksa menurut perintah.


Friday, January 23, 2009

Tandek 1960an

Hi salam semua,

Apa khabar? tentu ceria dan bahagia.Saya selalu ceria dan amat bahagia bila terkenang nostalgia Tandek yang sangat saya sayangi.Kadang-kadang saya tersenyum sendiri bila teringat kisah-kisah manis yang saya lalui sepanjang berada di Tandek.

Selepas merdeka pihak kerajaan telah membuat jalan raya di Tandek.Maka terpaksalah emak saya mengorbankan tanah di hadapan rumah kami untuk di jadikan jalan raya.Berbagai jenis jentera berat di bawa ke Tandek.Biasalah kanak-kanak masih tidak tahu apa-apa dan tertanya-tanya binatang apa ni pandai menyungal tanah......?

Setiap hari saya dan Anang melihat orang bekerja menggunakan jentera-jentera berat tersebut untuk menggorek dan meratakan jalan.

Saya : apa bah nama yang menyungal tanah tu?
Anang : Sungal la bah.
Saya: Mana...mesti ada nama lain.
Anang : Kau tanyalah tu orang yang menyungal tu.
Saya : Pakcik, apa nama ini yang bikin sungal tanah ni....?
Drebar sungal : Ini...nama dia ni berdusa....
Saya : ......@xx!!??.....berdusa.....(berkata dalam hati) .....mungkin maksud pakcik ini ' berdosa'
Saya: ....nang...nang..,itu orang bilang nama tu sungal berdusa.Maksud dia berdosa bah tu
kan ?
Anang : napa pula berdosa...kau yang buduh ni....adakah kereta pandai berdosa.
Saya : ia lah....ngam la bah tu.memanglah dia berdosa abis dia kasi rusak tu tanah kan.....
Anang : bagus kau tanya bapa lah.....
Saya : Pak...pak...apa bah tu yang bikin sungal tanah tu...apa dipanggil tu.....berdosa ka tu
pak.Dia berdosa kan pak sebab dia kasi rusak tanah...
Bapa: ....@xx!!??....dimana kau belajar semua ni...? itu Bull Dozer bukan berdosa.

Begitulah saya setiap hari sehinggalah kerja-kerja membuat jalan raya selesai.Jalan raya Tandek masa itu tidak di turap dan tidak di tabur batu seperti mana kebanyakan jalan gravel.Jalan Tandek masa itu tanah biasa saja...orang kampung kata alun-alun.Selepas beberapa bulan jalan raya itu ditumbuhi rumput salinatad di tengah-tengah.

Dengan adanya jalan raya atau alun-alun di Tandek maka orang-orang tionghua yang menetap dan berniaga di Tandek pun mengambil kesempatan membeli kereta untuk kegunaan sendiri atau sebagai kenderaan penambang (pirate taxi).Antara yang terawal membeli kereta waktu itu ialah Ah Siong dan Ah Mong.Kereta yang di beli Ah Mong adalah sebuah kereta Land Rover yang boleh memuatkan 12 orang penumpang dan Ah Mong dengan keretanya inilah yang banyak berjasa menghubungkan orang-orang Tandek dengan Kota Kinabalu.

Dan dengan adanya jalan alun-alun di Tandek ini juga maka saya dan anang pula lebih bebas dan jauh perjalanan bermain dan momiansau.Hahaha.Aktiviti harian kami adalah bertanding main tumpos,guli dan gasing.Dan dengan adanya jalan raya juga peluang perniagaan lebih meluas.Orang-orang kampung mula membuat kiosk atau gerai tepi jalan untuk menjahit dan menjual atap nipah.

Sudah menjadi adat orang-orang Tandek setiap kali lalu di halaman rumah orang haruslah meminta izin terlebih dahulu dengan mengucapkan perkataan limpas atau taliban ko dalam bahasa dusun kimaragang atau pelingka aku aa dalam bahasa bajau.Begitu juga bila lalu di hadapan gerai-gerai menjual atap nipah ini.

Kebetulan salah sebuah gerai menjual atap nipah ini dimiliki oleh seorang wanita yang sangat tua mungkin berumur sekitar 80 tahun ketika itu.Wajahnya yang berkedut membuat saya merasa takut lebih-lebih lagi bila mendengar cerita yang bukan-bukan tentang beliau.Padahal cerita itu hanya rekaan semata-mata untuk menakutkan kami.

Agaknya memang hendak dijadikan cerita,saya dan Anang ni bolehlah dikategorikan sebagai kutu rayau.Hobi kami adalah momiansau.Selain Anang, saya ada lagi seorang abang yang sama nakal dan kuat momiansau iaitu Otok.Tapi dia lebih suka menghabiskan masanya bersama geng merangkap pakcik kami iaitu Makibin.

Satu hari saya cuba mengikuti mereka (Otok dan Makibin) ke kedai tapi mereka melarang.Kata mereka kalau nak ikut mesti cakap pelingka aku bu....dihadapan gerai wanita tua tersebut,dan tidak boleh lalu selagi beliau tidak menjawap aaa atau ya.Kebetulan pula wanita tua itu kurang pendengaran.Otok dan Makibin sedar akan hal itu dan sengaja memperbodohkan saya.Tujuan mereka supaya saya tidak dapat ikut dan mereka ada alasan yang baik.Bukan tak nak bawa saya tapi wanita tua itu tak bagi izin lalu depan gerai dia.Hehehe....trik jipun bah.Apa lagi saya pun berdiri dihadapan gerai wanita tua itu sambil berkata pelingka aku bu berulang-ulang tanpa didengar oleh beliau.Dan saya terus berdiri di situ kerana masih belum mendapat izin.Hehehe.....buduh betul ooo....

Mungkin bosan melihat saya berdiri lama-lama dihadapannya, wanita tua tadi marah dan menyuruh saya pergi.Dia mengambil sebatang kayu bemban dan cuba merotan saya dengan bemban itu.Apa lagi saya pun cabut lari balik kerumah sementara Otok dan Makibin berpura-pura takut dan cabut lari ke kedai.Hmm....tipah tertipu lagi.Tapi selepas itu saya sedar dan kali ini saya ke kedai sendirian atau bersama Anang.

Selain main tumpos,guli dan gasing saya dan Anang suka baca komik.Samalah macam budak-budak sekarang cuma komik yang kami selalu baca adalah marvel comics seperti Superman,Spiderman,Captain America dan Incredible Hulk.Dulu-dulu komik seperti ini banyak dijual dan murah hanya RM1.00 senaskah.Selain marvel comics kami suka baca komik Aladin.Entah kenapalah agaknya jin dalam komik aladin selalu digambarkan seperti orang yang sangat besar berpakaian ala-ala arab.Dan dari pengamatan saya lukisan pelukis komik itu menggambarkan jin itu seperti orang benggali.

Satu hari saya berjalan sendirian ke kedai dan dengan penuh keyakinan saya mengucapkan pelingka aku buu....dan terus berlalu tanpa menunggu jawapan.Tiba-tiba nun di hadapan saya terlihat kelibat seorang manusia lelaki yang sangat besar dan tinggi.Orang itu memakai ghamis dan salwar serba putih.Dia juga memakai turban warna putih dan mukanya dipenuhi kumis dan janggut juga berwarna putih.Wuikkk.....apa ni? saya bertanya dalam hati.Ini mesti jin ataupun tupulalanggoi.

Semakin lama orang itu semakin dekat dan kelihatan semakin besar serta tinggi.Kasutnya.....ish
sama betul dengan kasut jin dalam komik aladin tu.Sah.Ini mesti jin rupa pun sama macam jin dalam komik.Bahh.....matilah aku kali ini kena makan jin.Saya pun menyusun langkah seribu dan berlari sekuat hati sambil berteriak .....tolongggg.... tolongg ada jinnnn.......manakala 'jin' itu pula turut berlari sambil memanggil-manggil ...oooiii....kicikkk....

Mendengar suara saya yang terpekik-pekik ketakutan bapa,emak dan pakcik awang semua berlari turun dari rumah dan mencari-cari mana jin yang saya maksudkan.Mana? mana jin? kau ni ada-ada saja siang-siang begini mana ada jin.Kata pakcik awang.Ada tu membubut dari belakang jawap saya sambil menunjuk ke arah jin itu.Astaga....itu bukan jin.Itu si Kaka orang benggali sikh.Dia mau sewa rumah aku sebab diorang mau buat silap mata dan main ular kata pakcik awang.Fuuhhh....nasip baik.Kalau lah betul-betul jin...habislah satu kampung.

Sejak hari itu Kaka Singh dan kumpulannya menetap di rumah pakcik awang untuk beberapa bulan kerana terlibat dalam roadshow silap mata dan pertunjukan ular di tamu-tamu selain tamu Tandek.Dan rumah pakcik awang bukan saja dipenuhi dengan orang-orang Sikh tetapi juga dihuni oleh ular-ular yang banyak dan besar yang disimpan didalam raga.Saya tidak pernah ketinggalan setiap kali mereka membuat persembahan di tamu Tandek dan saya sangat teruja bila melihat salah seorang dari mereka meniup seruling dan sang ular mula mengangkat kepala.

Kehadiran mereka cukup memeriahkan pekan Tandek terutama sekali sewaktu tamu dan tamu Tandek juga bertambah meriah dengan kehadiran orang-orang Gurkha yang datang beramai-ramai menjual pelbagai jenis batu-batuan termasuklah mata harimau.

Hmmn....samada betul-betul biji mata harimau atau bukan...wallahualam.Jumpa lagi di lain laman.Salam.....