Saturday, January 31, 2009




Tadi saya balik Tandek.Tinjau-tinjau kebun.Takut tanam-tanaman rosak selepas banjir hari itu.Alhamdulillah......tidak banyak kerosakan.Cuma pokok kelapa pandan yang saya tanam hari itu hanyut entah ke mana.Tidak apalah nanti tanam lagi.

Tidak banyak yang boleh saya buat di kebun.Tanah masih lembab.Kesan banjir masih jelas.Cuaca pun agak mendung dan sesekali hujan renyai-renyai.Teringat pula saya masa kecil-kecil dulu kalau hujan renyai-renyai waktu
tengahari ataupun hujan panas, orang tua-tua
melarang saya keluar rumah.

"Jangan kamu main hujan panas....ada topulalanggoi itu menangkap budak-budak...."

Itulah ungkapan yang sering saya dengar.Tapi tadi dikebun saya sendirian tiada lagi kedengaran suara-suara orang tua yang terpekik-pekik melarang saya dulu.Begitu hening dan sunyi suasana.Yang kedengaran hanyalah bunyi chain saw si Malek di seberang.Entah apa lagi yang di tebang si Malek ni.Macam habis sudah pokok kelapa di keliling rumah mereka di tebang yang tinggal hanya pokok kelapa yang bengkok-bengkok tu.

Hmm....zaman sudah berubah.Sempat juga saya mengambil gambar jambatan gantung depan rumah si Malek.Teringat pula sama si Illie-Tompipiris.Mesti dia rindu jambatan tempat dia lari 100m ni.Hehehe.....Kalau kebetulan kau balik Tandek Illie, jangan lagi kau berlari 100m di jambatan tu aahh....nanti putus pula tu jambatan.Wuakaka.

Sedang saya menimba air di perigi terdengar pula bunyi tokek.Kamu tau kah apa itu tokek.Yang macam cicak tapi besar sikit dari cicak tu.Kalau berbunyi kuat betul, satu kampung boleh dengar.Dulu waktu kami kecil-kecil kalau tokek berbunyi kami menyahut.Kami sebutlah untung, rugi.Contohnya tokek itu akan berbunyi begini :

Tokek : tokeekk...
Kami : untungggg.....(menyahut beramai-ramai)
Tokek : tokkeekkk......
Kami : ruuggiiii........
Tokek : tokkkeeekkk.....
Kami : unntuuunnnggg.....

dan begitulah seterusnya sehinggalah tokek itu berhenti berbunyi.Kalau di penghujung bunyi tokek itu sahutan kami adalah rugi maka rugilah konon kami.Kalau di penghujung bunyi tokek itu sahutan kami adalah untung maka untunglah kami.Untung apa atau rugi apa saya pun tak tahu tapi terasa seronok sangat.

Suasana lebih meriah bila Malek adik-beradik turut sama menyahut bunyi tokek itu.Lucu tapi memang itulah antara aktiviti kami semasa kecil.Kebetulan pula tokek sangat banyak di sekitar rumah kami...ada di pokok belunu, ada juga di pokok kelapa di belakang rumah kami dan didalam kebun keluarga si Malek dan ada juga didalam rumah.

Adik saya si Yus lain pula.Bila tokek berbunyi dia tidak menyahut macam kami.Dia diam saja sambil berfikir.Entah apa-apalah yang dia fikir taulah dia kan $en$ei.Satu hari tokek berbunyi, kami ramai-ramai macam biasalah menyahut bunyi tokek tu.Bila tokek tu berhenti berbunyi tiba-tiba si Yus tanya saya.....Kenapa bah itu tokek tu..., dia panggil nama dia sendiri...??

Mendengar soalan bonus dari Yus, kami semua tertawa berdekah-dekah.Lucu betul rasanya. Selama ini kami tidak pernah terfikir tentang ini.....mana kau tau tokek itu memang nama dia, mungkin dia ada nama lain, kita ja yang pandai-pandai kasi nama dia tokek sebab bunyi dia begitu.Jawab Otok sambil ketawa.Tapi Yus dengan seriusnya terus berfikir.....mesti nama dia tu ....hehehe.Yus...Yus...memang kau ni dari kecil sampai besar terlampau kuat berfikir ooo....

Ada satu cerita lucu tentang tokek ini.Kononnya dulu-dulu orang-orang putih yang menjajah Sabah ni suka memburu.Adalah konon satu orang mat saleh ni pergi memburu di sungai Kinabatangan.Binatang yang diburu adalah burung.Sungai Kinabatangan pula terdapat banyak buaya.

Agaknya memang hendak dijadikan cerita, kononnya mat saleh itu telah berjaya menembak seekor burung dan burung itu jatuh kedalam sungai.Mat saleh itupun memerintahkan Boatman terjun kedalam sungai untuk mengambil burung itu tetapi Boatman itu enggan.

Boatman : tidak mau tuan....takut....ada buaya
Mat saleh : buaya....? ....apa itu buaya....? (dengan slanga mat saleh yang pekat)
Boatman : aaa....aaa....macam tokek tuan....
Mat saleh : Tokek....? ....apa itu tokek....?
Boatman : aaa....macam cicak tuan.....
Mat saleh : (sambil ketawa berdekah-dekah) .....cicak...? .....hahaha...ooohhh....kiicciikk...
pergi turun ambil......


Hahaha....terpaksalah Boatman itu turun.



Tuesday, January 27, 2009

Tompipiris kawad sompilut

Hi salam semua,

Bertemu lagi dilaman ini.Apa khabar semua...tentulah baik kan.

Saya suuuka betul buka blog si Tompipiris.Tau kenapa? Sebab saya suka melihat gambar sarang lebah yang dia paparkan dilaman blognya.Gambar sarang lebah ini banyak mengimbau kenangan terindah saya sewaktu di Tandek kecil-kecil dulu.

Seperti yang pernah saya ceritakan didalam entri saya sebelum ini, selain Anang saya ada lagi seorang abang yang agak nakal juga dan sentiasa sibuk dengan aktiviti harian.Kalau Anang suka menggetah burung dan menembak ikan di sungai, abang saya yang lagi seorang ini pula gemar mencari madu lebah liar.

Otok - itulah nama glamour abang saya ini.

Kegemarannya masuk ke hutan bersendirian mengambil madu lebah.Kebetulan pula di Tandek dulu-dulu banyak sarang lebah.Tidak perlu jauh-jauh di belakang rumah kami saja pun terdapat banyak sarang lebah dari berbagai jenis.Nama saintifik tetap sajalah saya tidak tau tapi kalau dalam bahasa kimaragang nama-nama spesis lebah itu terdiri dari Tompipiris, kawad dan sompilut.

Kebiasaannya Otok pagi-pagi lagi akan keluar rumah dengan membawa bersama sebuah cangkir dan sekotak mancis.Selepas sehari suntuk di hutan dia akan pulang kerumah membawa secangkir madu.Dan biasanya madu tompipiris.

Otok begitu taksub dengan aktivitinya ini.Hampir setiap hari dia akan keluar rumah untuk mencari madu lebah lebih-lebih lagi diwaktu cuti sekolah.Pendek kata bekalan madu asli di rumah memang tidak pernah putus.Dan orang yang paling gembira tentulah bapa.

Satu hari di hari raya....aikk..macam lagu M.Nasir pula...seperti biasa Otok terus dengan aktivitinya.Selesai solat sunat aidil fitri dan setelah bersalam-salaman bermaaf-maafan sesama ahli keluarga, Otok cepat-cepat menukar pakaian dan terus mencapai cangkir kuning kesayangannya serta sekotak mancis.Dia langsung tidak menjamah hidangan yang telah emak sediakan.

Saya : Tok..kau mau pigi mana ?
Otok : Diam!!
Saya : Tok....kau mau pi mana niii...?
Otok : Aku bilang diam...diamlah nda payah tanya.Sibuk.!!!
Saya : Aku mau ikut...
Otok : Nda payah....penangis...!!!

Otok terus berlalu dan langsung tidak menoleh sewaktu bapa panggil.

Tidak berapa lama kemudian Otok pulang.Seluruh mukanya bengkak di sengat lebah.Tapi sempat juga dia membawa pulang setengah cangkir madu.Kata bapa lain kali makan dulu supaya tidak kempunan.

Peristiwa itu tidak mematahkan semangat Otok untuk mencari madu lebah liar.Kali ini dia ternampak sarang lebah yang sangat besar....waahh...ini sarang kawad ni...mesti banyak dia punya madu...kata Otok.Dia tidak terus mengambil madu lebah itu, sengaja dia biarkan sarang itu selama beberapa hari.Agaknya dia sedang mengatur strategi bagaimana hendak menawan lebah tersebut.

Satu pagi yang indah dan tenang....dengan cahaya mentari yang menyinar terang...Otok keluar rumah.Kali ini dia membawa bersamanya sebuah baldi selain daripada cangkir kesayangannya. Sekotak mancis juga dibawanya bersama.Itu senjata wajip.

Seperti biasa dia pergi bersendirian.Bukan apa dia tidak mahu kami di sengat lebah sebab itu dia tak mahu membawa kami bersama.Tidak berapa lama kemudian Otok pulang dengan gembira.Misi Berjaya.Diwajahnya terpancar cahaya gumbira dengan senyumnya yang lebar menampakkan giginya yang berlapis.hehehe...jangan marah tok.Itu gigi memang trade mark kau bah.

Kebetulan sewaktu kepulangannya kami semua berada dihalaman rumah.Apa lagi kepulangannya kami sambut meriah.Baldi merah yang dibawanya tadi terisi separuh dengan madu kawad, sarang kawad dan sarang tompipiris.Manakala cangkir kuning kesayangannya pula penuh terisi dengan madu tompipiris.

Sambil menghulurkan baldi dan cangkir madu kepada bapa yang tersenyum riang, Otok memanggil saya.Dia mengambil sarang tompipiris dari dalam baldi yang berisi madu dan menghulurkannya kepada saya.

Otok : Nahh....sini kau...kau isap-isap ni sarang, manis ni.
Saya : Eeeiiii.....nda mau ada giuk....(ulat lebah)
Otok : Bukan giuk bah tu...anak penyangat.Makan bah makan nda apa-apa juga bah tu.

Saya berlari keliling rumah kerana tidak mahu dipaksa makan sarang penyangat.Manakala Otok terus mengejar sehinggalah dia dipanggil oleh bapa.Anang pula dengan bahagianya menghisap madu dari sarang lebah tadi tanpa menghiraukan ulat lebah yang masih tersemat didalam sarang itu.

Hari ini bila melihat orang menjual madu dan royal jelly saya teringat peristiwa tadi.Rasa menyesal pula kenapa saya tidak ikut saja arahan Otok untuk menghisap madu lebah itu dari sarangnya.Sedangkan royal jelly sejati ada disitu.

Tok...bagus kau kasi turun ilmu mencari madu ini sama si Dwen.Tapi madu lebahlah bukan madu yang lagi satu itu.hehehe...

Sampai jumpa lagi.....Salaaaammmm.




Sunday, January 25, 2009

Gerhana matahari

Hi salam semua,

Esok 26 Jan 2009 diramalkan akan berlaku gerhana matahari.Teringat pula saya sewaktu masih kecil di Tandek dulu.Saya tidak ingat tahun berapa mungkin sekitar 1968 telah berlaku gerhana matahari.Gerhana matahari pada waktu itu adalah antara yang paling hebat pernah saya alami.Apa tidak siang berubah seperti malam.

Kami di kurung dalam rumah langsung tidak di benarkan keluar malah tingkap ditutup rapat.Saya curi-curi buka tingkap dan melihat keadaan di luar rumah.Wahh.....tidak ubah seperti malam yang gelap gelita.Bila bapa saya tahu saya curi-curi buka tingkap dia lantas memarahi saya.Katanya nanti mata jadi buta.Cepat-cepat saya menutup semula tingkap itu.

Sebenarnya selain daripada gerhana matahari ada satu peristiwa lagi yang menyebabkan kami dikurung dalam rumah.

Pada tahun 1965 telah berlaku konfrantasi dimana Indonesia cuba menakluk Malaysia.Beberapa orang tentera Malaysia telah di tembak mati oleh tentera Indonesia ketika sedang bersolat di Kalabakan Tawau.Akibatnya kerajaan telah mengeluarkan perintah berkurung.

Keadaan ini berlarutan hingga ke tahun-tahun berikutnya.Malah selain Indonesia,Filipina juga tidak henti-hentinya membuat tuntutan keatas negeri Sabah.Maka sebagai langkah berjaga-jaga perintah berkurung diarahkan.

Saya masih ingat lagi pada suatu pagi saya dan kakak saya Rohaya berjalan menuju ke rumah pakcik Awang.Kami melihat banyak kesan tapak kasut di atas jalan.Kesan itu nampak jelas kerana jalan raya Tandek masa itu tidak di tabur batu.

Rohaya : Nahh...kau tengok banyaknya tapak kasut.Ini mesti kasut askar ni.
Saya : Macamana kau tau?
Rohaya : Aku tau lah.Orang kampung mana ada kasut.Askar ja yang ada kasut begini.
Saya : Berkata dalam hati......betul juga kan.

Tidak lama kemudian datang sekumpulan askar yang di ketuai oleh seorang mat saleh bernama Francis berjumpa bapa saya.Mereka berbincang dan saya langsung tidak faham kerana mereka berbahasa inggeris.Tiba-tiba ketua askar itu berpaling kearah kumpulan askar yang diketuainya dan berkata sesuatu yang masih lagi saya tidak faham.Apa yang saya dengar waktu itu seolah-olah berbunyi begini.....pis pis kelupis pais.Hehehe maklumlah waktu itu saya masih belum bersekolah.Umur saya ketika itu ialah sekitar 5-6 tahun.

Tiba-tiba askar-askar itu memasang kemah di halaman rumah kami.Dan kami di minta berkurung didalam rumah dan mengunci semua pintu serta tingkap.Saya tidak tahu kenapa tapi kami terpaksa menurut perintah.


Friday, January 23, 2009

Tandek 1960an

Hi salam semua,

Apa khabar? tentu ceria dan bahagia.Saya selalu ceria dan amat bahagia bila terkenang nostalgia Tandek yang sangat saya sayangi.Kadang-kadang saya tersenyum sendiri bila teringat kisah-kisah manis yang saya lalui sepanjang berada di Tandek.

Selepas merdeka pihak kerajaan telah membuat jalan raya di Tandek.Maka terpaksalah emak saya mengorbankan tanah di hadapan rumah kami untuk di jadikan jalan raya.Berbagai jenis jentera berat di bawa ke Tandek.Biasalah kanak-kanak masih tidak tahu apa-apa dan tertanya-tanya binatang apa ni pandai menyungal tanah......?

Setiap hari saya dan Anang melihat orang bekerja menggunakan jentera-jentera berat tersebut untuk menggorek dan meratakan jalan.

Saya : apa bah nama yang menyungal tanah tu?
Anang : Sungal la bah.
Saya: Mana...mesti ada nama lain.
Anang : Kau tanyalah tu orang yang menyungal tu.
Saya : Pakcik, apa nama ini yang bikin sungal tanah ni....?
Drebar sungal : Ini...nama dia ni berdusa....
Saya : ......@xx!!??.....berdusa.....(berkata dalam hati) .....mungkin maksud pakcik ini ' berdosa'
Saya: ....nang...nang..,itu orang bilang nama tu sungal berdusa.Maksud dia berdosa bah tu
kan ?
Anang : napa pula berdosa...kau yang buduh ni....adakah kereta pandai berdosa.
Saya : ia lah....ngam la bah tu.memanglah dia berdosa abis dia kasi rusak tu tanah kan.....
Anang : bagus kau tanya bapa lah.....
Saya : Pak...pak...apa bah tu yang bikin sungal tanah tu...apa dipanggil tu.....berdosa ka tu
pak.Dia berdosa kan pak sebab dia kasi rusak tanah...
Bapa: ....@xx!!??....dimana kau belajar semua ni...? itu Bull Dozer bukan berdosa.

Begitulah saya setiap hari sehinggalah kerja-kerja membuat jalan raya selesai.Jalan raya Tandek masa itu tidak di turap dan tidak di tabur batu seperti mana kebanyakan jalan gravel.Jalan Tandek masa itu tanah biasa saja...orang kampung kata alun-alun.Selepas beberapa bulan jalan raya itu ditumbuhi rumput salinatad di tengah-tengah.

Dengan adanya jalan raya atau alun-alun di Tandek maka orang-orang tionghua yang menetap dan berniaga di Tandek pun mengambil kesempatan membeli kereta untuk kegunaan sendiri atau sebagai kenderaan penambang (pirate taxi).Antara yang terawal membeli kereta waktu itu ialah Ah Siong dan Ah Mong.Kereta yang di beli Ah Mong adalah sebuah kereta Land Rover yang boleh memuatkan 12 orang penumpang dan Ah Mong dengan keretanya inilah yang banyak berjasa menghubungkan orang-orang Tandek dengan Kota Kinabalu.

Dan dengan adanya jalan alun-alun di Tandek ini juga maka saya dan anang pula lebih bebas dan jauh perjalanan bermain dan momiansau.Hahaha.Aktiviti harian kami adalah bertanding main tumpos,guli dan gasing.Dan dengan adanya jalan raya juga peluang perniagaan lebih meluas.Orang-orang kampung mula membuat kiosk atau gerai tepi jalan untuk menjahit dan menjual atap nipah.

Sudah menjadi adat orang-orang Tandek setiap kali lalu di halaman rumah orang haruslah meminta izin terlebih dahulu dengan mengucapkan perkataan limpas atau taliban ko dalam bahasa dusun kimaragang atau pelingka aku aa dalam bahasa bajau.Begitu juga bila lalu di hadapan gerai-gerai menjual atap nipah ini.

Kebetulan salah sebuah gerai menjual atap nipah ini dimiliki oleh seorang wanita yang sangat tua mungkin berumur sekitar 80 tahun ketika itu.Wajahnya yang berkedut membuat saya merasa takut lebih-lebih lagi bila mendengar cerita yang bukan-bukan tentang beliau.Padahal cerita itu hanya rekaan semata-mata untuk menakutkan kami.

Agaknya memang hendak dijadikan cerita,saya dan Anang ni bolehlah dikategorikan sebagai kutu rayau.Hobi kami adalah momiansau.Selain Anang, saya ada lagi seorang abang yang sama nakal dan kuat momiansau iaitu Otok.Tapi dia lebih suka menghabiskan masanya bersama geng merangkap pakcik kami iaitu Makibin.

Satu hari saya cuba mengikuti mereka (Otok dan Makibin) ke kedai tapi mereka melarang.Kata mereka kalau nak ikut mesti cakap pelingka aku bu....dihadapan gerai wanita tua tersebut,dan tidak boleh lalu selagi beliau tidak menjawap aaa atau ya.Kebetulan pula wanita tua itu kurang pendengaran.Otok dan Makibin sedar akan hal itu dan sengaja memperbodohkan saya.Tujuan mereka supaya saya tidak dapat ikut dan mereka ada alasan yang baik.Bukan tak nak bawa saya tapi wanita tua itu tak bagi izin lalu depan gerai dia.Hehehe....trik jipun bah.Apa lagi saya pun berdiri dihadapan gerai wanita tua itu sambil berkata pelingka aku bu berulang-ulang tanpa didengar oleh beliau.Dan saya terus berdiri di situ kerana masih belum mendapat izin.Hehehe.....buduh betul ooo....

Mungkin bosan melihat saya berdiri lama-lama dihadapannya, wanita tua tadi marah dan menyuruh saya pergi.Dia mengambil sebatang kayu bemban dan cuba merotan saya dengan bemban itu.Apa lagi saya pun cabut lari balik kerumah sementara Otok dan Makibin berpura-pura takut dan cabut lari ke kedai.Hmm....tipah tertipu lagi.Tapi selepas itu saya sedar dan kali ini saya ke kedai sendirian atau bersama Anang.

Selain main tumpos,guli dan gasing saya dan Anang suka baca komik.Samalah macam budak-budak sekarang cuma komik yang kami selalu baca adalah marvel comics seperti Superman,Spiderman,Captain America dan Incredible Hulk.Dulu-dulu komik seperti ini banyak dijual dan murah hanya RM1.00 senaskah.Selain marvel comics kami suka baca komik Aladin.Entah kenapalah agaknya jin dalam komik aladin selalu digambarkan seperti orang yang sangat besar berpakaian ala-ala arab.Dan dari pengamatan saya lukisan pelukis komik itu menggambarkan jin itu seperti orang benggali.

Satu hari saya berjalan sendirian ke kedai dan dengan penuh keyakinan saya mengucapkan pelingka aku buu....dan terus berlalu tanpa menunggu jawapan.Tiba-tiba nun di hadapan saya terlihat kelibat seorang manusia lelaki yang sangat besar dan tinggi.Orang itu memakai ghamis dan salwar serba putih.Dia juga memakai turban warna putih dan mukanya dipenuhi kumis dan janggut juga berwarna putih.Wuikkk.....apa ni? saya bertanya dalam hati.Ini mesti jin ataupun tupulalanggoi.

Semakin lama orang itu semakin dekat dan kelihatan semakin besar serta tinggi.Kasutnya.....ish
sama betul dengan kasut jin dalam komik aladin tu.Sah.Ini mesti jin rupa pun sama macam jin dalam komik.Bahh.....matilah aku kali ini kena makan jin.Saya pun menyusun langkah seribu dan berlari sekuat hati sambil berteriak .....tolongggg.... tolongg ada jinnnn.......manakala 'jin' itu pula turut berlari sambil memanggil-manggil ...oooiii....kicikkk....

Mendengar suara saya yang terpekik-pekik ketakutan bapa,emak dan pakcik awang semua berlari turun dari rumah dan mencari-cari mana jin yang saya maksudkan.Mana? mana jin? kau ni ada-ada saja siang-siang begini mana ada jin.Kata pakcik awang.Ada tu membubut dari belakang jawap saya sambil menunjuk ke arah jin itu.Astaga....itu bukan jin.Itu si Kaka orang benggali sikh.Dia mau sewa rumah aku sebab diorang mau buat silap mata dan main ular kata pakcik awang.Fuuhhh....nasip baik.Kalau lah betul-betul jin...habislah satu kampung.

Sejak hari itu Kaka Singh dan kumpulannya menetap di rumah pakcik awang untuk beberapa bulan kerana terlibat dalam roadshow silap mata dan pertunjukan ular di tamu-tamu selain tamu Tandek.Dan rumah pakcik awang bukan saja dipenuhi dengan orang-orang Sikh tetapi juga dihuni oleh ular-ular yang banyak dan besar yang disimpan didalam raga.Saya tidak pernah ketinggalan setiap kali mereka membuat persembahan di tamu Tandek dan saya sangat teruja bila melihat salah seorang dari mereka meniup seruling dan sang ular mula mengangkat kepala.

Kehadiran mereka cukup memeriahkan pekan Tandek terutama sekali sewaktu tamu dan tamu Tandek juga bertambah meriah dengan kehadiran orang-orang Gurkha yang datang beramai-ramai menjual pelbagai jenis batu-batuan termasuklah mata harimau.

Hmmn....samada betul-betul biji mata harimau atau bukan...wallahualam.Jumpa lagi di lain laman.Salam.....


Friday, January 16, 2009

Bangkawot oh bangkawot

Hi,salam semua.

1966 pilihan raya pertama negeri Sabah selepas merdeka melalui Malaysia.Calon wakil rakyat bagi kawasan N5 Tandek pada waktu itu ialah Datuk Herman Luping dari parti UPKO.Saya masih kanak-kanak lagi waktu itu.

Sepanjang tempoh berkempen,rumah pakcik saya dijadikan markas.Kebetulan kami berjiran dan jarak antara rumah kami dengan rumah pakcik saya hanya sepelaung.Maka saya bersama abang saya anang selalu bertandang.Tujuan kami hanya satu - memungut tiub tayar basikal yang sudah tidak boleh digunakan untuk dibuat lastik.

Ada seorang 'mat saleh' bernama Robinson kalau tidak silap saya bekerja sebagai juruteknik sepanjang tempoh berkempen itu.Tugas beliau adalah untuk mempastikan peralatan seperti loudspeaker dan sebagainya berfungsi dengan baik setiap kali ceramah diadakan.Beliau akan berbasikal ke tempat-tempat dimana ceramah akan dibuat.

Biasalah jalan kampung macam-macam ada.Hampir setiap hari Robinson terpaksa menukar tiub dan cacing basikalnya.Basikal dulu-dulu bukan macam sekarang.Basikal dulu-dulu perlu pakai cacing kalau tidak tak boleh pam tayar.Tiub yang tidak digunakan lagi ini sangat berguna bagi saya dan anang.Tiub ini kami gunting dan jadikan lastik untuk melastik burung dan sebahagian lagi kami jadikan bahan komponen senapang ikan.Hahaha.....

Abang saya anang sebenarnya sangat kreatif.Bukan saja pandai buat lastik,senapang ikan malah dia juga pandai membuat sangkar burung.Kami selalu pergi menggetah burung serindit menggunakan getah nangka muda.Biasanya dalam sehari kami boleh dapat dalam 2 ke 3 ekor burung serindit atau dikenali juga sebagai teripos.Kalau nasip baik boleh dapat pula yang sepasang jantan dan betina.

Tandek dulu-dulu memang banyak sangat burung.Berbagai-bagai jenis burung dapat kita lihat terbang bebas di udara.Bukan saja burung serindit,burung nuri,raja udang,tekukur,murai,pipit,layang-layang,selangkir,helang,burung pungguk,but-but,wak-wak atau lebih dikenali sebagai keruak malah burung enggang pun ada.Di Tandek burung enggang di panggil likap.

Likap
ini bahaya sikit.Mentang-mentang dia dari spesis burung yang besar dia berani masuk rumah orang.Pandai buka periuk pula tu.Lain sikit ini burung.Hehehe.Memang banyak sangatlah burung-burung yang terdapat di Tandek dulu-dulu.Kalau saya nak sebut semua rasanya laman blog ini akan dipenuhi dengan nama burung saja.

Memang menjadi kegemaran kami adik-beradik setiap petang duduk beramai-ramai di tangga rumah melihat beburung yang berterbangan di udara di sekitar kawasan rumah.Dan sudah menjadi rutin harian kami untuk menunggu beberapa kumpulan burung keluang ataupun bangkawot terbang berkumpulan melalui 'ruang udara' kawasan rumah kami.

Yang paling seronok bila kumpulan bangkawot ini limpas,kami akan menyanyi beramai-ramai lagu istimewa ini dalam bahasa kimaragang :

bangkawot bangkawot
poguli-guliai po
intangai po tanak nu
nakasawit do ralau

yang bermaksud dalam bahasa melayu :

wahai sang keluang
berpatah baliklah kamu
lihat dulu anak mu
yang telah tersangkut duri


Lucu tapi benar; setiap kali selepas terbang beberapa meter dan kebetulan pula setelah dinyanyikan lagu diatas; salah seekor daripada kumpulan burung keluang tadi akan berpatah balik.Mungkin burung tersebut adalah ketua kumpulan dan berpatah balik untuk mempastikan semua anak-anak buahnya selamat.Atau adakah dia mendengar permintaan kami supaya dia berpatah balik untuk melihat anaknya yang tersangkut duri? wallahu alam.....yang pasti kami seronok.

Hingga berjumpa lagi di lain laman, saya akhiri dengan salam............

.........bangkawot ...bangkawot...

Thursday, January 15, 2009

Tandek dulu-dulu

Salam semua,

Walaupun saya tidak dilahirkan di Tandek dan hanya berpeluang menetap di Tandek selama 8 tahun iaitu dari umur 6-14 tahun,namun saya tetap merasa inilah tempat asal saya.Inilah kampung saya.Walaupun menetap di Kota Kinabalu sudah melebihi 30 tahun saya masih merasa asing dan tetap ingin pulang kampung.Begitulah istimewanya Tandek yang senantiasa menggamit jiwa saya.

Memandangkan almarhum bapa saya adalah seorang guru,hidup kami sering berpindah-randah mengikut kemana saja beliau ditugaskan.Setiap ada sekolah baru dibuka,tidak kira samada di bukit atau di pulau almarhum bapa saya akan kesana jika ditugaskan kesana.Hinggalah pada tahun 1965 beliau dihantar bertugas di GPS Bandau.

Dari GPS Bandau ataupun Kota Marudu sebagaimana ia di kenali sekarang, almarhum bapa saya dipindahkan ke GPS Tandek dan mengambil keputusan untuk menetap terus disini.Penat sudah barangkali asyik pindah sana-sini.It's high time to settle down kata mat saleh.Kami membuka sebuah ladang sekaligus membina rumah untuk kami tinggal di Tandek.

Saya masih ingat lagi waktu itu tidak ada jalan raya ke pekan Tandek.Jalan yang ada hanyalah sebuah denai dari pekan Bandau hingga ke kampung Damai.Kami menaiki basikal dari Bandau ke Damai dan sebelum sampai ke Damai kami terpaksa menyeberangi sungai menggunakan rakit.Dan sungai ini memang dikenali dengan nama Rakit hingga ke hari ini.

Dari Damai untuk ke Tandek kami terpaksa berjalan kaki meredah hutan melalui kampung Ongkilan.Hutan dara yang baru diterokai nampaknya sangat subur hinggakan lipan yang ada disitu pun gemuk2 semua.Pertama kali saya melihat lipan gemuk macam ibu jari kaki orang dewasa.Kata pakcik saya (Juali) itu lipan kalau mengigit nda pandai tebuka tu kecuali bebunyi guntur.Bahaya....

Walaupun ditawarkan untuk tinggal di rumah guru di GPS Tandek,kami memilih untuk tinggal di ladang yang baru dibuka.Kami tinggal sementara di sebuah pondok kecil (sulap) yang dibuat daripada kayu dan atap nipah.Disamping itu almarhum bapa saya mengupah tukang kayu untuk membina rumah yang lebih baik.

Biasalah di Tandek selalu hujan dan banjir.Satu hari tiba-tiba angin kuat.Pondok kami yang sudah agak usang ketika itu senget (miring) ditiup angin.Terpaksalah kami tidur di rumah yang belum siap dibina.Untuk sementara tukang kayu meletakkan Card Board sebagai dinding bilik tidur emergency kami tapi dinding itu tidak di paku.Entah macamana saya tidur malam itu agaknya terlalu gundah sehingga terjatuh ke tanah bersama-sama dinding tersebut.Saya sedar saya terjatuh tapi malas untuk bangun naik kerumah dan terus saja tidur di tanah sampai pagi.Best juga tidur di tanah ni...sejuk-seejukk.

Tandek dulu ramai tidak seperti sekarang ini.Dulu Tandek merupakan pekan penghubung untuk ke daerah-daerah lain.Untuk pergi ke Jesselton (Kota Kinabalu) orang ramai dari Bandau,Tg Batu,Pitas dan pekan-pekan lain terpaksa turun ke Tandek dahulu samada melalui jalan darat dengan berjalan kaki atau berbasikal dan ada juga yang menunggang kuda atau kerbau; atau melalui jalan sungai naik johnson (Bot yang menggunakan enjin jenis Johnson).

Dari Tandek orang ramai perlu menaiki kapal laut untuk ke pekan Kudat.Mungkin anda semua terkejut membaca 'kapal laut'.Kapal ini tidak lah terlalu besar mungkin sekitar 30 kaki dan kapal jenis ini sekarang hanya digunakan untuk menangkap ikan.

Saya selalu duduk di pokok ramag di tepi jambatan yang di jadikan jeti.Sambil makan kuaci hitam yang merupakan makanan kegemaran saya waktu itu; saya melihat orang ramai bersalam-salaman dan ada yang sampai mengalirkan air mata kerana berpisah.Dari atas kapal mereka melambaikan saputangan kepada saudara mara yang menghantar mereka pergi.Dalam hati saya berfikir jauh sangatkah Kudat ni.Dari Kudat ke Jesselton terpaksa pula melalui jalan udara dengan menaiki Twin Otter (kapal terbang kecil).

Terdapat dua buah kapal penumpang di Tandek yang dimiliki oleh Ah Leong dan Soon Hock.Kereta waktu itu langsung tidak ada.Pekan Tandek pula sangat cantik dihiasi bunga-bungaan dan pepohon yang menghijau.Sungai Tandek dijaga dengan baik dan seringkali diadakan gotong-royong untuk membersihkan sungai yang di ketuai oleh En Latip.Manakala kawasan sekitar kedai Tandek senantiasa bersih bebas dari sampah sarap.Orang yang bertanggungjawap membersihkan kawasan kedai ini ialah Umuk yang selalu kelihatan bersama kereta sorongnya (Wheel barrow).Itulah saja satu-satunya kereta yang ada di Tandek - kereta si Umuk.

Setahu saya kedua-dua insan yang baik hati ini tidak dibayar gaji,mereka melakukan kerja-kerja ini dengan suka rela.Entahlah kalau ada pihak tertentu yang memberi ganjaran.

Dulu-dulu pasar tamu Tandek ramai sekali.Tamu diadakan setiap hari isnin tapi hari ahad orang ramai sudah berkumpul di pekan.Ada penjual buah-buahan dan sayur-sayuran,ada penjual ikan tapi yang seronok sekali dan paling saya suka ada benggali main silap mata dan ada pertunjukan ular sambil tiup serunai.Macam funfair.

Oklah dulu.Nanti sambung lagi cerita macamana kali pertama saya terjumpa benggali pakar ular itu.Lucu sangat.

Jumpa lagi.Salam.


Monday, January 12, 2009

banjir banjir banjir lagi

Salam semua,

Terkejut juga baca blog Salimandut Villa tadi.Banjir lagi...LAGI??@xxx!!!....apa macam mau maju ini tempat ooo.....Aki rasa masalah utama disini ialah sistem saliran yang tidak memuaskan.Mana tidak...bila aki balik kampung aki tengok di tepi-tepi jalan tiada parit.Kalau ada pun penuh rumput.Tinggi pula rumput tu.Dimana air mau lari....maksud aki mengalir.Kalau air tiada tempat mengalir maknanya akan 'termenung' lah air itu.Maksud aki bertakung.Bila air sudah terlalu banyak bertakung,banjirlah jawapnya.

Mungkin pihak berwajib seperti Jabatan Parit dan Saliran boleh usahakan sesuatu.Kalau di kawasan aki Tingkalanon Laut mungkin boleh korek sungai di depan rumah aki itu supaya dalam sikit dan beberapa bahagian yang bengkang bengkok (banyak dia punya pirau-pirau) boleh di luruskan supaya air boleh mengalir dengan baik.Sekurang-kurangnya masalah banjir boleh dikawal...Insya Allah.Ini cuma pandangan aki sajalah walaupun kabur-kaaaburr.

Masalah banjir di Tandek ini memang sudah lama.Banjir merupakan salah satu 'musim' yang memang akan datang setiap tahun pada 'time-time ini lah'.Maksud aki sekitar bulan disember hingga febuari.Dulu banjir lebih teruk lagi sampai berminggu-minggu lamanya.Tapi bila sistem saliran di perbaiki aki tengok ada perubahan,air banjir tidak 'termenung' lama.Paling lama pun seminggu.

Salah satu sistem saliran yang diperbaiki oleh Jabatan berwajib ialah 'memperdalam,memperbesar dan meluruskan' sungai di belakang rumah aki.Sampai kena potong owo itu kebun aki.Sekali aki cari-cari itu batu sempadan tiada.Cari punya cari ada pula saaana seberang sungai.Sebahagian tanah aki 'terjadi' reserve sungai sudah.Tapi tidak apa lah bah itu.Yang penting masalah banjir dapat dikurangkan.Aki rela berkorban apa saja untuk kepentingan bersama (Ehemm...mokirayou ih aki diti).

Tapi memang itulah hakikatnya.Ada perubahan.Sebab itu aki fikir kalau sistem saliran yang lebih menyeluruh di buat tentu perubahan akan lebih ketara.Mungkin masalah banjir bukan saja boleh dikurangkan malah tidak mustahil boleh diatasi.

Dalam hal ini aki rasa PAAS mungkin boleh 'menghidu' dimana lagi sungai-sungai yang boleh di perbaiki.Bukan apa sungai ini pun macam manusia,pandai tua.Maksud aki itu sungai akan ada mendapan yang membuat sungai itu menjadi tohor dan lantai sungai tidak rata.Air pun akan mengalir lesu.Seperti urat-urat manusia yang di penuhi mendapan lelemak menyebabkan darah tidak lancar maka saluran darah perlu dibersihkan dengan menggunakan rusap-rusap yang akan kita pelajari nanti dari sangguru.

Bila keadaan sungai sudah 'tua' dipenuhi dengan pelbagai mendapan seperti pasir,tanah dan ranting-ranting kayu; air bukan saja akan mengalir lesu malahan akan 'termenung' dan jadilah sungai mati.Dikebun aki banyak ini sungai mati itulah juga yang membikin hati aki gundah gulana kalau hujan lebat sebab habis hanyut semua tanaman aki.Tapi poingkuroyon po dii...naawii no ih tonomon ku no liudhan.Norulun.

Walaupun begitu,mungkin berkat daripada kehebatan minda orang-orang kaum kimaragang amnya dan waris-waris Panglima Tumunda khasnya...aki tidak putus asa.Man ku tonomo koimbagu ino.Nokuro no ong lumiyud po koimbagu gisom sid tulu.

Inilah semangat orang-orang Tandek.Orang luar kata kampung ini terlalu susah untuk dimajukan atas sebab-sebab diatas tapi orang-orang Tandek terus menetap disini dan tanpa keluh kesah meneruskan usaha mencari nafkah tanpa mengharap bantuan dari sesiapa.

Dulu waktu kecil kalau banjir aki senang hati sebab dapat main air dan 'cuti sekolah' hehehe.Biasanya sebelum air naik aki awal-awal lagi pigi kurik ubi kayu untuk dijadikan stok makanan sewaktu banjir.Makanan-makanan lain pun aki sediakan di rumah seperti ikan tin,kopi, gula,beras dan macam-macam lagilah.Bukan apa aki nda suka bah makan terigu yang dihantar oleh pasukan penyelamat mangsa banjir tu.Lagipun aki suka minum kopi o sambil makan ubi kayu rebus cecah gula.hehehe.Siuk marik ki duduk-duuduk minum kupi sambil makan ubi kayu rebus campur sikit garam cecah gula time ujan-uujan sejuk-seejuk lagi cuaca.

Bapa aki selalu menolak kalau di hantarkan terigu.Kasi la sama orang lain dia bilang tapi dipaksa juga terima itu terigu.Apa lagi terima sajalah.Kata orang rezeki jangan di tolak,musuh jangan di cari.Lagipun itu bantuan hasil keprihatinan kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir di Tandek.Terigu pun terigu lah.Mungkin kalau ada pembaca blog ni yang berasal dari Semenanjung Malaysia tentu tidak faham apa itu terigu.Terigu atau dalam bahasa inggerisnya Sorghum ada sejenis tanaman seperti gandum tetapi biasanya di tanam untuk dijadikan makanan binatang.

Kampung Tandek ini sebenarnya dikategorikan sebagai kampung kedua TERMISKIN di Malaysia selepas Bukit Garam,Sandakan.Tapi walaupun miskin dari segi wang ringgit orang-orang Tandek sebenarnya KAYA budi bahasa dan sopan santun orang-orangnya.Wanita-wanitanya pula addeehhh....kalau si awang muslihat nampak....inda payah lah jauh-jauh pigi indon wang.Saya percaya begitu juga di Bukit Garam.Kerana orang-orang Tandek dan orang-orang Bukit Garam sama walaupun tak serupa.Adat budaya dan bahasa 95% ada persamaan.Dan yang hebat sekali penduduk di sini sebenarnya very self-sufficient.

Satu insiden membuktikan bahawa orang-orang Tandek self-sufficient.Sewaktu abang-abang dan kakak aki melawat ke sebuah perkampungan di salah sebuah bukit di Tandek,mereka telah di hidangkan dengan makanan hasil tanaman dan peliharaan orang kampung seperti ayam kampung dan beras bukit.Dengan rendah diri dan merasa bahawa hidangannya tidak istimewa tuan rumah mengucapkan kata-kata ini....Minta maap aah tuan...,kami tiada ikan tin..ada ayam saja.

Fulamak!!....Beras bukit hasil tanaman sendiri tanpa racun dan baja,ayam tanpa suntikan hormon....Organik la tu.Kalau bagi aki,inilah yang paling istimewa dan sedap.Ikan dalam tin buat apa?.Inda sadap baitu ikan tin banyak garam.Inda bagus untuk kesihatan.

Itulah maksud aki.Kalau sistem saliran di kampung Tandek ini di perbaiki,orang kampung boleh berusaha lebih.Bela ayam itik,lembu dan kambing.Tanam padi,jagung dan pelbagai buah-buahan jangkapanjang tanpa perlu risau tentang 'musim' banjir yang boleh 'menghanyutkan' segala usaha mereka.Pernah bah dulu sapi c aki mati 9 ekor oleh lamas terandam air.Inda sampat kasi pindah sebab itu banjir macam tsunami datang time urang siuk-siuk tidur.

Dan kalau ada sistem jalanraya yang lebih baik hasil kampung tentu boleh di pasarkan keluar.Sekarang 'makan sendiri' saja.Paling-paling seminggu sekali bawa turun jual di siring-siring jalan di tamu Bandau (Kota Marudu).Bah...nantilah aki sambung lagi.Aki mau tengok-tengok dulu tu langit macam mendung pula.Harap-harap tidaklah banjir sampai di KK.

Wasalam.Kotohuadan.