Friday, January 23, 2009

Tandek 1960an

Hi salam semua,

Apa khabar? tentu ceria dan bahagia.Saya selalu ceria dan amat bahagia bila terkenang nostalgia Tandek yang sangat saya sayangi.Kadang-kadang saya tersenyum sendiri bila teringat kisah-kisah manis yang saya lalui sepanjang berada di Tandek.

Selepas merdeka pihak kerajaan telah membuat jalan raya di Tandek.Maka terpaksalah emak saya mengorbankan tanah di hadapan rumah kami untuk di jadikan jalan raya.Berbagai jenis jentera berat di bawa ke Tandek.Biasalah kanak-kanak masih tidak tahu apa-apa dan tertanya-tanya binatang apa ni pandai menyungal tanah......?

Setiap hari saya dan Anang melihat orang bekerja menggunakan jentera-jentera berat tersebut untuk menggorek dan meratakan jalan.

Saya : apa bah nama yang menyungal tanah tu?
Anang : Sungal la bah.
Saya: Mana...mesti ada nama lain.
Anang : Kau tanyalah tu orang yang menyungal tu.
Saya : Pakcik, apa nama ini yang bikin sungal tanah ni....?
Drebar sungal : Ini...nama dia ni berdusa....
Saya : ......@xx!!??.....berdusa.....(berkata dalam hati) .....mungkin maksud pakcik ini ' berdosa'
Saya: ....nang...nang..,itu orang bilang nama tu sungal berdusa.Maksud dia berdosa bah tu
kan ?
Anang : napa pula berdosa...kau yang buduh ni....adakah kereta pandai berdosa.
Saya : ia lah....ngam la bah tu.memanglah dia berdosa abis dia kasi rusak tu tanah kan.....
Anang : bagus kau tanya bapa lah.....
Saya : Pak...pak...apa bah tu yang bikin sungal tanah tu...apa dipanggil tu.....berdosa ka tu
pak.Dia berdosa kan pak sebab dia kasi rusak tanah...
Bapa: ....@xx!!??....dimana kau belajar semua ni...? itu Bull Dozer bukan berdosa.

Begitulah saya setiap hari sehinggalah kerja-kerja membuat jalan raya selesai.Jalan raya Tandek masa itu tidak di turap dan tidak di tabur batu seperti mana kebanyakan jalan gravel.Jalan Tandek masa itu tanah biasa saja...orang kampung kata alun-alun.Selepas beberapa bulan jalan raya itu ditumbuhi rumput salinatad di tengah-tengah.

Dengan adanya jalan raya atau alun-alun di Tandek maka orang-orang tionghua yang menetap dan berniaga di Tandek pun mengambil kesempatan membeli kereta untuk kegunaan sendiri atau sebagai kenderaan penambang (pirate taxi).Antara yang terawal membeli kereta waktu itu ialah Ah Siong dan Ah Mong.Kereta yang di beli Ah Mong adalah sebuah kereta Land Rover yang boleh memuatkan 12 orang penumpang dan Ah Mong dengan keretanya inilah yang banyak berjasa menghubungkan orang-orang Tandek dengan Kota Kinabalu.

Dan dengan adanya jalan alun-alun di Tandek ini juga maka saya dan anang pula lebih bebas dan jauh perjalanan bermain dan momiansau.Hahaha.Aktiviti harian kami adalah bertanding main tumpos,guli dan gasing.Dan dengan adanya jalan raya juga peluang perniagaan lebih meluas.Orang-orang kampung mula membuat kiosk atau gerai tepi jalan untuk menjahit dan menjual atap nipah.

Sudah menjadi adat orang-orang Tandek setiap kali lalu di halaman rumah orang haruslah meminta izin terlebih dahulu dengan mengucapkan perkataan limpas atau taliban ko dalam bahasa dusun kimaragang atau pelingka aku aa dalam bahasa bajau.Begitu juga bila lalu di hadapan gerai-gerai menjual atap nipah ini.

Kebetulan salah sebuah gerai menjual atap nipah ini dimiliki oleh seorang wanita yang sangat tua mungkin berumur sekitar 80 tahun ketika itu.Wajahnya yang berkedut membuat saya merasa takut lebih-lebih lagi bila mendengar cerita yang bukan-bukan tentang beliau.Padahal cerita itu hanya rekaan semata-mata untuk menakutkan kami.

Agaknya memang hendak dijadikan cerita,saya dan Anang ni bolehlah dikategorikan sebagai kutu rayau.Hobi kami adalah momiansau.Selain Anang, saya ada lagi seorang abang yang sama nakal dan kuat momiansau iaitu Otok.Tapi dia lebih suka menghabiskan masanya bersama geng merangkap pakcik kami iaitu Makibin.

Satu hari saya cuba mengikuti mereka (Otok dan Makibin) ke kedai tapi mereka melarang.Kata mereka kalau nak ikut mesti cakap pelingka aku bu....dihadapan gerai wanita tua tersebut,dan tidak boleh lalu selagi beliau tidak menjawap aaa atau ya.Kebetulan pula wanita tua itu kurang pendengaran.Otok dan Makibin sedar akan hal itu dan sengaja memperbodohkan saya.Tujuan mereka supaya saya tidak dapat ikut dan mereka ada alasan yang baik.Bukan tak nak bawa saya tapi wanita tua itu tak bagi izin lalu depan gerai dia.Hehehe....trik jipun bah.Apa lagi saya pun berdiri dihadapan gerai wanita tua itu sambil berkata pelingka aku bu berulang-ulang tanpa didengar oleh beliau.Dan saya terus berdiri di situ kerana masih belum mendapat izin.Hehehe.....buduh betul ooo....

Mungkin bosan melihat saya berdiri lama-lama dihadapannya, wanita tua tadi marah dan menyuruh saya pergi.Dia mengambil sebatang kayu bemban dan cuba merotan saya dengan bemban itu.Apa lagi saya pun cabut lari balik kerumah sementara Otok dan Makibin berpura-pura takut dan cabut lari ke kedai.Hmm....tipah tertipu lagi.Tapi selepas itu saya sedar dan kali ini saya ke kedai sendirian atau bersama Anang.

Selain main tumpos,guli dan gasing saya dan Anang suka baca komik.Samalah macam budak-budak sekarang cuma komik yang kami selalu baca adalah marvel comics seperti Superman,Spiderman,Captain America dan Incredible Hulk.Dulu-dulu komik seperti ini banyak dijual dan murah hanya RM1.00 senaskah.Selain marvel comics kami suka baca komik Aladin.Entah kenapalah agaknya jin dalam komik aladin selalu digambarkan seperti orang yang sangat besar berpakaian ala-ala arab.Dan dari pengamatan saya lukisan pelukis komik itu menggambarkan jin itu seperti orang benggali.

Satu hari saya berjalan sendirian ke kedai dan dengan penuh keyakinan saya mengucapkan pelingka aku buu....dan terus berlalu tanpa menunggu jawapan.Tiba-tiba nun di hadapan saya terlihat kelibat seorang manusia lelaki yang sangat besar dan tinggi.Orang itu memakai ghamis dan salwar serba putih.Dia juga memakai turban warna putih dan mukanya dipenuhi kumis dan janggut juga berwarna putih.Wuikkk.....apa ni? saya bertanya dalam hati.Ini mesti jin ataupun tupulalanggoi.

Semakin lama orang itu semakin dekat dan kelihatan semakin besar serta tinggi.Kasutnya.....ish
sama betul dengan kasut jin dalam komik aladin tu.Sah.Ini mesti jin rupa pun sama macam jin dalam komik.Bahh.....matilah aku kali ini kena makan jin.Saya pun menyusun langkah seribu dan berlari sekuat hati sambil berteriak .....tolongggg.... tolongg ada jinnnn.......manakala 'jin' itu pula turut berlari sambil memanggil-manggil ...oooiii....kicikkk....

Mendengar suara saya yang terpekik-pekik ketakutan bapa,emak dan pakcik awang semua berlari turun dari rumah dan mencari-cari mana jin yang saya maksudkan.Mana? mana jin? kau ni ada-ada saja siang-siang begini mana ada jin.Kata pakcik awang.Ada tu membubut dari belakang jawap saya sambil menunjuk ke arah jin itu.Astaga....itu bukan jin.Itu si Kaka orang benggali sikh.Dia mau sewa rumah aku sebab diorang mau buat silap mata dan main ular kata pakcik awang.Fuuhhh....nasip baik.Kalau lah betul-betul jin...habislah satu kampung.

Sejak hari itu Kaka Singh dan kumpulannya menetap di rumah pakcik awang untuk beberapa bulan kerana terlibat dalam roadshow silap mata dan pertunjukan ular di tamu-tamu selain tamu Tandek.Dan rumah pakcik awang bukan saja dipenuhi dengan orang-orang Sikh tetapi juga dihuni oleh ular-ular yang banyak dan besar yang disimpan didalam raga.Saya tidak pernah ketinggalan setiap kali mereka membuat persembahan di tamu Tandek dan saya sangat teruja bila melihat salah seorang dari mereka meniup seruling dan sang ular mula mengangkat kepala.

Kehadiran mereka cukup memeriahkan pekan Tandek terutama sekali sewaktu tamu dan tamu Tandek juga bertambah meriah dengan kehadiran orang-orang Gurkha yang datang beramai-ramai menjual pelbagai jenis batu-batuan termasuklah mata harimau.

Hmmn....samada betul-betul biji mata harimau atau bukan...wallahualam.Jumpa lagi di lain laman.Salam.....


8 comments:

  1. adedei..nostalgia butul cerita ko ni tau..teringat pula cerita pasal pakcik awang..dia parnah marah sia..bukan apa..sia balari 100M sumunsui tu jambatan gantung pigi rumah si safri hj.baudi..nah ngam2 dia tingu..dia toriak lah suruh sia jangan lari di jambatan gantung..

    Arwah Mokibin pula..selain daripada kaitan keluarga merangkap macam kawan..tapi cuma 1 kenangan yang paling inda sia lupa..time ujian lisan bahasa english spm..ngam2 arwah yang jadi guru ujian sia..bila sia masuk kelas ujian..dia nampak sia turus senyum2..dia bilang " maai boroso tih id urang putih..engin oku mangakan dot bilis".. dengan penuh semangat sia pun cakap lah.. " I LIKE EAT CHILD FISH"..katawa bah dia..turus dia suruh sia kuluar...kalu dia jumpa sia di Tingkalanon..abis lah sia kana belasah..child fish..hahaha

    ReplyDelete
  2. hehehe...child fish...orang jipun suka makan tu.Arwah pakcik makibin memang selalu test orang on the spot.kalau dia minta saya air dia bilang kasi saya h2o....

    ReplyDelete
  3. Illie,tekong suruh saya posting dalam SAM.cuba ko kasi email saya apa macam mau posting di SAM.kiroshida62@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Kenangan aku paling manis sama Arwah Pakcik Makibin (aku nda pernah panggil dia pakcik) sebab dia muda dari aku he he he. Waktu aku bertugas di Pulau Pinang EXPO - dia belajar di USM, dia bawa aku jalan-jalan round P.Pinang naik motosikal dia. Muda-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang2 yang Soleh.

    ReplyDelete
  5. wuina... topulalanggoi. best o... kisah lama2. cerita lagi ka.

    ReplyDelete
  6. kyro..chek email..suda dibuat jemputan rasmi..lama suda bah sia mau cari email boss ni..

    jangan lupa accept ah boss..

    ReplyDelete
  7. Tq,noko accept oku no om noko posting oku no sid SAM.Pounsikou kio

    ReplyDelete
  8. Hahaaa..bestnya cerita ni.
    ketinggalan bas ba saya sampa sini blog c pakcik ini..

    ReplyDelete