Sunday, April 25, 2010

Tv pakai bateri

Sedar tak sedar .... tahun ini 2010 RTM genap 64 tahun.Kalaulah RTM ini orang....pencen sudah bah.Tapi RTM terus bersiaran dan terus unggul sebagai penyampai maklumat dan hiburan.

Dulu...memandangkan bekalan elektrik amat terhad,radio adalah penghibur dan penyampai maklumat yang utama.Bukan setakat itu malah orang awam boleh menghantar berita kepada kaum keluarga melalui radio.

Hampir semua orang di kampung Tandek mampu membeli radio.Walaupun rumah tiada bekalan elektrik tidak menjadi masalah.Kerana radio boleh dipasang bila-bila.Letak saja bateri....boleh pasang sudah....boleh dengar lagu....boleh dengar drama radio dan berita.Wah bestnya....inda payah susah-susah bayar karan.

Dirumah kami ada sebuah radio.Setiap petang saya akan memasang radio untuk mendengar lagu-lagu hiburan.Paling saya gemari adalah lagu-lagu dendangan Ahmad Jais, A Halim dan Jefrydin.Saya ni bila dengar lagu-lagu di radio saya suka duduk tepi perigi.Bila dengar saja lagu Ahmad Jais di radio maka saya pun akan menyanyi sama sekuat hati.Supaya suara saya lebih kuat saya akan masukkan sebahagian kepala saya dimulut perigi.Apalagi perigi yang dalam itu akan mengeluarkan echo suara saya dengan begitu kuat dan saya seronok mendengarnya.Hehehe karaoke lah tu.....dulu-dulu punya.

Peminat Ahmad Jais ini ramai di serata Malaysia termasuklah dikampung saya Tandek.Pernah terjadi di kampung saya sepasang suami-isteri bergaduh besar gara-gara Ahmad Jais.Bukan apa ..... si suami cemburu kerana isterinya asyik layan radio dengar lagu Ahmad Jais sehingga si suami tadi bertindak bodoh.Kata ibu saya pada si suami .....kalau pun kau marah bini kau suka dengar lagu Ahmad Jais, janganlah bah kau buang itu radio...kau juga itu yang rugi..lowong.

Bila telivisyen mula diperkenalkan pada tahun 1971...orang-orang kaya mulalah berebut-rebut beli tv.Rumah tiada bekalan eletrik pun tak apa... boleh pasang pakai bateri.Fulamak...bijak dan kreatif.Kalau radio menggunakan bateri kecil seperti Eveready,tv pula dipasang menggunakan bateri kereta.Satu bateri kereta 1300cc boleh pakai 2-3 hari sebelum perlu dicaj semula.Apalagi kalau penggunaan cukup kawalan seminggu pun boleh tahan.Janganlah pasang tv lama-lama. Tengok rancangan kegemaran saja.Atau kalau mau lebih hebat....pakai bateri lori...besarrrr punya.

Di Tandek dulu...orang pertama beli tv adalah arwah Hj Awang Ali.Kebetulan pula masa itu kami berjiran....apa lagi hampir setiap malam saya tumpang menonton tv di rumahnya.Tentu sajalah ibu dan bapa memarahi saya....apa ini...bikin malu saja mengendeng di rumah orang kata bapa.Pak..bapak beli lah bah talibisin....saya pula mencuba untuk membodek.Buat apa susah-susah beli tu...kau ambil saja tali sama besen...kau ikat lepas itu gantung...nahhh kau tengoklah itu tali besen kau puas-puas kata bapa.Haiiiyaaa......luyar buruk juga pula si beliau ni.

Mungkin kerana tiada bekalan elektrik di kampung ditambah pula dengan harga tv yang terlalu mahal ketika itu maka bapa membatalkan hasrat untuk membeli tv.Kata bapa lebih baik duit yang ada digunakan untuk menampung perbelanjaan dia dan ibu untuk menunaikan fardhu haji.Kebetulan pula mereka dijadualkan berangkat ke Tanah Suci tahun ini (1971).

Sepanjang ketiadaan ibu dan bapa dirumah, saya menghabiskan masa memancing di sungai di hadapan rumah.Tidak pula saya ke rumah Hj Awang Ali menonton tv.Maklumlah saya tak mahu bapa malu akibat saya terus menerus mengendeng dirumah orang.Pagi petang siang malam saya disungai memancing ikan tapi satu ekor pun tak dapat walau berbuih mulut saya membaca jampi serapah ....But but tali perambut....aku humban kau sambut.

Macamana nak dapat ikan kalau abang Otok dan pakcik Makibin suka sangat menyakat.Setiap kali saya baca jampi setiap kali pula mereka akan menyambung bacaan jampi tadi dengan ....aku tarik kau tersangkut.....diiringi hilai tawa yang nyaring.Ikan pun habis lari bah dengar suara dua orang tu.Pakcik Juali pula memarahi saya dengan sindiran ....Bahh...kau duduklah disungai tu siang malam...inda lama lagi kau dapat ikan kakap tu...paling besar punya ikan sampai kau pun dia boleh telan...

Tidak lama kemudian Pakcik Awang membeli sebuah tv kecil berukuran 14".Wow!!...senangnya hati kami tidak terhingga.Bolehlah kami tumpang sekaki.Tanpa disuruh kami sendiri menawarkan diri mengangkat bateri kereta sejauh satu batu berjalan kaki menuju ke kedai Tandek untuk mengecaj bateri supaya kami boleh menonton tv.Pakcik Awang dan Babu Rukinah yang kebetulan tidak mempunyai anak sangat terhibur dengan kehadiran kami dan jiran-jiran menonton tv di rumahnya....panggil aku aahh kalau main sudah itu sik mion dolos... kata pakcik Awang mengingatkan kami tentang siri tv kegemarannya "The six million dollar man" lakonan Lee Majors.

Melihat gelagat kami yang suka sangat keluar menonton tv dirumah pakcik Awang saban malam,akhirnya bapa mengalah.Dia mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli Generator.Kemudian mengupah abang ipar saya Imran membuat pendawaian elektrik di rumah kami dan rumah pakcik Awang sekali.Seolah-olah melepaskan geram bapa bukan saja membeli telivisyen malah melengkapkan semua keperluan peralatan elektrik di rumah menggunakan penjana kuasa Generator.Maka tugasan baru kami adalah menghidup dan mematikan generator setiap petang dan malam antara jam 6 petang hingga 11 malam.Tak perlu lagi caj bateri.....hehehe.Alhamdulillah....


Friday, February 5, 2010

Selamat Tahun Baru Cina

Pertama kali melihat tarian naga di Tandek saya begitu gembira dan teruja sekali.Oh....begini rupanya cara nenek moyang saya sambut tahun baru.Walaupun saya sebenarnya berketurunan cina namun cara hidup kami lebih mirip cara melayu.Malah saya langsung tidak mengetahui adat dan budaya cina.Hinggakan sambutan tahun baru juga agak asing bagi saya.

Mungkin itulah sebabnya kenapa orang-orang cina selalu kata 'sudah masuk melayu' apabila merujuk kepada orang-orang cina yang memeluk agama islam.Kerana kebanyakan orang-orang cina yang memeluk agama islam akan meninggalkan amalan-amalan hidup orang-orang cina dan mula mengamalkan hidup cara melayu.Mungkin juga ini satu kebetulan.Melayu sinonim dengan islam padahal Islam adalah universal.

Di Tandek kamilah satu-satunya keluarga keturunan cina muslim.Bapa berketurunan cina peranakan (Bapanya berbangsa Hailam manakala ibunya berbangsa Suluk) dan ibu kami pula orang Dusun Kimaragang.Kerana kahwin campur kami jadi rojak......Kadang-kadang bingung juga saya dibuatnya,apalagi bila ada yang bertanya tentang bangsa saya.Sebab itu saya selalu menjawap ....saya bangsa Malaysia.

Sewaktu di Tandek dulu .... bila tiba tahun baru cina...mercun banyak dijual.Masa itu penjualan mercun belum diharamkan.Sebab budak zaman dulu tidak sama dengan budak zaman sekarang. Dulu kami main mercun setakat bakar dan baling biar meletup....itu saja.Budak sekarang sudah terlalu bijak....modify sana...modify sini....last last putus jari...putus tangan.....memang bijak. Tapi yang menghairankan budak yang selalu putus jari dan putus tangan ini bukan budak cina tapi budak melayu.....hmmm.

Bila tiba hari perayaan kawan-kawan saya yang berbangsa cina akan berkumpul bersama keluarga untuk makan besar.Pada keesokan hari kami akan beramai-ramai kekedai.Bukan untuk pungut ang pow tapi saja berkumpul bermain sama-sama.Biasanya kami akan duduk dikaki lima kedai menyaksikan tarian naga sambil membaling mercun kearah penari-penari tarian naga yang begitu lincah melompat dan memanjat tiang besi yang sengaja dipacak dihadapan kedai.Di hujung tiang besi itu pula digantung sayur salad dan tugas si penari tarian naga adalah memanjat dan mengambil sayur itu.

Saya amat kagum dengan ketangkasan para penari tarian naga ini.Bayangkan betapa sukarnya mereka menari menggunakan replika singa yang agak berat.Bukan saja mereka terpaksa memanjat tiang untuk menurunkan sayur yang diikat dipuncak tiang malah mereka perlu beraksi untuk menghidupkan watak singa yang mereka gunakan.Paling saya tunggu adalah kemuncak tarian dimana sipenari akan mengupas buah limau mandarin dan menyusun ulas demi ulas limau itu hingga membentuk tulisan kaligrafi cina yang selalunya membawa maksud ucapan selamat.

Hari ini setiap kali tiba tahun baru cina saya akan terkenangkan kawan-kawan lama saya....
Ah Pet,Ah Len.Ah Keong,Lee Lee Ng,Lee Lee Fah....dimana agaknya mereka sekarang?

Selamat Tahun Baru Cina.....tahun harimau!!!!