Saturday, February 7, 2009

Indahnya Tandek

Politik...politik...politik.Sana sini orang cerita politik.Dalam dewan dalam pejabat dan yang paling hebat dalam kedai kopi.Orang politik cakap pelan-pelan bincang-bincang dengan serius,pemerhati politik bincang secara ilmiah, orang ramai yang bukan ahli politik tetapi secara tidak langsung menjadi pemerhati pula yang paling bising di kedai kopi.Hehehe......biasa lah itu.

Assalamu alaikum dan selamat sejahtera,

Saya sebenarnya bukan mau cerita politik.Ini bukan bidang saya dan bukan kegemaran saya walaupun pada hakikatnya saya dilahirkan dalam keluarga yang rata-rata terlibat dalam hal ehwal berkaitan politik tanah air.Terus terang saya katakan otak saya tidak begitu kuat untuk berfikir bila disebut tentang politik.Tapi ini tidak bermakna saya tidak mengambil tahu hal-hal semasa terutama yang melibatkan negara kerana sebagai rakyat saya perlu tahu kemana hala tuju kepimpinan negara ini supaya mudah pula untuk saya merancang hala tuju saya sendiri. Dan untuk itu saya sentiasa pastikan saya berada di landasan yang betul bagi mempastikan negara terus aman dan saya boleh cari makan.

Bukan apa, bila kita berada di landasan yang salah, tindak tanduk kita boleh menggugat keamanan negara.Cari makan pun susah.Hala tuju...? Tidak tahu lah mau jadi apa.Asyik cerita politik saja tapi tiada rancangan pembangunan,buat apa?!. Jadi bagi saya fikir yang simple saja. Tenang-tenang cari makan, tak perlu jalan-jalan tunjuk perasaan.

Dulu-dulu selepas Sabah merdeka, kerajaan telah menubuhkan Jabatan Penerangan yang bertindak sebagai ejen kerajaan untuk memberi pelbagai bentuk informasi kepada rakyat dan begitu juga sebaliknya. Di Bandau sebuah pejabat Jabatan Penerangan telah dibina di penghujung tahun 60an.

Apa yang menarik bagi saya bila bercakap tentang Jabatan Penerangan ini ialah wayang prii .....hehehe.Memandangkan di tahun 60an belum ada lagi siaran telivisyen dan Tandek pula begitu jauh terpencil serta tidak mempunyai pawagam maka peluang untuk menonton wayang gambar hampir tidak ada.Maka dengan adanya Jabatan Penerangan ini barulah saya dan orang kampung Tandek berpeluang menontong wayang gambar.Free pula itu.

Biasanya pegawai penerangan akan menghebahkan ke seluruh kampung jika ada wayang prii.
Hebahan ini mereka buat dengan menggunakan pembesar suara yang dipasang diatas kenderaan milik Jabatan Penerangan.Maka akan kedengaranlah laungan yang sangat saya nanti-nantikan ini.....Tuan2 dan Puan2, malam ini ada wayang gambar di padang sekolah SRK Tandek........hati saya berbunga kegembiraan mendengarnya.Wuakaka.....

Kenderaan milik Jabatan Penerangan ini akan masuk ke seluruh pelusuk kampung sambil menghebahkan kepada umum tentang wayang prii yang bakal ditayangkan.Orang yang sedang bekerja diladang atau disawah mengambil kesempatan untuk pulang awal mandi dan bersiap-siap untuk ke padang sekolah menonton wayang gambar.

Saya pun tidak ketinggalan.Biasanya saya akan ditemani oleh Anang,Rohaya,Pakcik Awang dan Babu Rukinah.Sementara bapa dan mama hanya duduk dirumah menjaga adik-adik yang masih kecil.Maklumlah kami ni adik-beradik terlalu ramai sampai 14 orang....Nong, kau minta list nama kami semua adik beradik kan?....hmm....paning saja kau tu nanti kebingungan oleh talampau ramai....hehehe.

Kami akan berjalan kaki beramai-ramai ke padang sekolah bertemankan cahaya lampu suluh ataupun lampu picit.Dan ada juga yang menggunakan cahaya obor atau babang.Sepanjang perjalanan saya dan Anang adalah antara yang paling gembira.Apa tidaknya didalam kegelapan malam bertemankan cahaya babang dan lampu picit,saya dan Anang sempat lagi menangkap uir-uir - sejenis serangga berwarna hijau,bentuknya seperti lalat cuma saiznya agak besar dan berbunyi agak kuat.

Sebelum wayang gambar dimulakan ucapan alu-aluan akan diadakan.Didalam ucapan ini tentu saja diselitkan berbagai informasi penting yang ingin disampaikan oleh kerajaan kepada rakyat. Dan biasanya ucapan ini akan disampaikan oleh pegawai bertugas yang mana salah seorang daripadanya adalah warga Tandek sendiri iaitu Haji Ahmad Ali Bin OKK Osman atau nama glamournya Ning.Bukan Ning Baizura tapi Ning anak Babu Undaun.

Seperti kebiasaannya saya ini memang jarang memberi perhatian dalam bab ucapan-ucapan politik.Tambahan pula pada masa itu saya masih kecil lagi dan kurang faham tentang apa yang ingin disampaikan melalui ucapan itu.Cuma apa yang menarik perhatian saya pada masa itu adalah laungan Merdeka! sebanyak 3 kali yang merupakan laungan wajib setiap kali tayangan gambar percuma tajaan Jabatan Penerangan diadakan.Dan saya akan memekik dengan kuatnya Merdeka..Merdeka.....Merdeka....!!! bukan kerana saya begitu patriotik (malah masa itu saya tidak tahu pun kenapa laungan itu dibuat) tetapi kerana saya tahu selepas laungan itu wayang prii akan dimulakan.

Seronoknya tidak terhingga melihat ramainya warga Tandek berkumpul dipadang sekolah menonton wayang.Masing-masing mengambil bangku dari dalam kelas dan dibawa kepadang. Hmm....berani-berani ja ambil tanpa izin dari guru besar.

Tayangan gambar biasanya dari filem-filem melayu yang dibintangi oleh P Ramlee, Rosyatimah dan ramai lagi.Pakcik Awang paling suka kalau dapat tengok wayang P Ramlee.Dia kata suara P Ramlee itu bulat.Saya hanya mendengar saja apa yang dikatakan Pakcik Awang dan sesekali cuba membayangkan bagaimana bulatnya suara P Ramlee.Sambil menonton terdapat pula selingan telur bercahaya terbang di udara dan orang ramai memekik atau memangkis dengan kuatnya.Kononnya bila terdengar suara orang memangkis,telur bercahaya ini akan jatuh.Benar atau tidak....wallahu alam.Tetapi perihal telur terbang ini sudah terlalu sinonim dengan Tandek dan bukan sesuatu yang perlu dihairankan.

Setelah tamat tayangan gambar tibalah masa untuk pulang.Masa ini saya sudah separuh tidur. Saya akan memegang tangan Pakcik Awang sambil berjalan dengan mata separuh tertutup.Apa lagi semua lopak dan lumpur saya pijak.Pakcik Awang pula tidak henti-henti memarahi saya sepanjang jalan pulang.Biasanya saya hanya akan menjawap....dukunglah bah aku.hehehe. Dan biasanya walaupun marah-marah sambil muputok (merungut),saya akan di sungang (di gendong diatas bahu) oleh Pakcik Awang.

Selain daripada Jabatan Penerangan terdapat juga berbagai syarikat swasta yang datang ke Tandek membuat tayangan gambar percuma.Biasanya syarikat-syarikat ini adalah syarikat rokok yang datang membuat promosi produk mereka seperti White Horse dan syarikat yang terbabit dalam pengeluaran bahan minuman seperti Milo dan Ovaltine.

Bezanya antara syarikat-syarikat ini dengan Jabatan Penerangan ialah filem-filem yang ditayangkan adalah filem dari barat dan filem cina.Maka timbullah istilah-istilah Wayang Milo, Wayang Ovaltine dan Wayang White Horse.Saya dan Anang paling suka kalau ada Wayang White Horse kerana filem yang ditayangkan adalah filem koboi yang dibintangi oleh John Wayne.Biasanya dalam filem ini digambarkan kisah pertarungan antara orang putih dengan kaum red indian.Tetapi oleh kerana filem ini berbahasa inggeris dan saya pada masa itu hanya tahu pis pis kelupis pais (tak pandai bahasa inggeris la tu) maka saya hanya mengandaikan bahawa filem koboi itu mengisahkan tentang seorang anak muda lawan bombek.Wuakaka.Tapi siuk jugalah sebab setiap dialog dalam filem koboi itu saya karang sendiri dalam saya punya kepala.Dan bombek itu adalah red indian.

Saya dan Anang memang sudah ketagih menonton wayang prii.Pantang ada tayangan gambar kami mesti pergi.Satu hari ada wayang ovaltine.Filem yang ditayangkan adalah filem cina.Pakcik Awang tidak mahu menemani kami dan bapa pun melarang kami pergi berdua saja. Tapi kerana kami memang sudah ketagih wayang kami curi-curi keluar melalui tingkap bilik tidur kami.Sepatutnya kami ini mendapat anugerah paling kuat momiansau.

Tiba di padang sekolah tayangan gambar telah dimulakan.Saya dan Anang mencari tempat paling selesa untuk menonton.Tiba-tiba ada lagi selingan telur terbang.Orang ramai memangkis tapi telur terbang itu tidak jatuh.Entah kenapa keadaan menjadi riuh rendah. Orang ramai berlarian seperti ketakutan.Saya dan Anang pada mulanya relax saja tapi keadaan seperti bertambah teruk.Saya dan Anang pun berlari pulang ke rumah.

Di pertengahan jalan kami ternampak lagi sebiji telur terbang dan kali ini cahaya api seakan memercik-mercik dari telur terbang tersebut.Saya dan Anang memangkis sekuat hati tetapi tidak menampakkan kesan.Barulah kami sedari rupanya kami hanya berdua didalam kegelapan malam itu tanpa ada cahaya lampu picit mahupun babang.

Kami berlari sekuat hati hingga tiba di perkarangan rumah dan terus menuju ke tingkap bilik tidur kami yang sengaja kami tinggalkan dalam keadaan terbuka.Alamak.....siapa tutup jendela, macamana kita mau masuk....saya bertanya kepada Anang bila melihat tingkap bilik kami sudah terkunci.Rupa-rupanya bapa datang memeriksa bilik kami semasa kami keluar menonton wayang dan dia sengaja mengunci tingkap dan pintu untuk memberi pengajaran kepada kami. Dengan lemah longlai kami pun naik kerumah melalui tangga hadapan dan duduk di kaki lima.

Tapi bapa memang sangat penyayang, walaupun kami telah melakukan kesilapan besar dan sudah bersedia untuk tidur di kaki lima, namun semangat kebapaan meruntun jiwa bapa dan mengizinkan kami masuk.Lain kali jangan buat begini lagi kata bapa dan kami hanya mampu mengangguk.


11 comments:

  1. hahahah. apa yg kamu alami ni berulang balik sama aku dan si li la aku rasa. wayang prii john wayne tu pun sempat aku tinguk di padang tandek. tapi nda banyak wayang milo sama ovaltine pula zaman aku, yg banyak wayang sitaut hahahaha. aku sama si li pun kuat momiansau... malam melastik burung sampai di tingkalanon. mana lagi membawa ayam pigi tampat si sabidor bersabung. tapi yg aku gelihati aku sama si li kana ikat ditiang rumah oleh mama. tengah malam bapa buka tu tali suruh kami naik dlm rumah hehehe.

    ReplyDelete
  2. wah...lawan tauke kamurang ahh..aku ingat aku sama si anang paling jajal rupanya kamu lagi sangsara wuaakaka...

    ReplyDelete
  3. adesssssssss.... punyalah panjang ku taip komen nda pula terpost... silakak... nda palah panat sudah mo taip.

    Siuk ooo adventure kamurang ni bikin jeles... sa tidak pernah tinguk wayang prii... osodih... bah sambung la cerita kamurang siok tu. Nanti satu hari sa mo bikin anime pakai cerita-cerita kamurang, nanti saya credited nama kamurang la tapi bukan sekarang lama lagi.. masih lagi angan-angan... nama saya kan day dreamer.. sa kumpul istori dulu nanti baru saya mo propose sama itu kompeni kalau minat mo bikin itu anime. original baini.. hihih... wish me luck ki...

    ReplyDelete
  4. wah ngam tu day dreamer kalau bikin anime dapat sudah aku bayangkan muka katun aku ooo....hehehe
    banyak lagi kisah kenakalan kami ni.Itu baru cerita 2 orang,cerita yang 11 orang belum masuk lagi.hahaha.Itu taiko d shah alam tu pun terer juga tu dulu2 di tandek.

    ReplyDelete
  5. He he he kamu nda tau kali, raja keluar malam-malam melalui tingkap siapa? Cuba teka? - Kalu kamu jawab betul aku kasi bikin diapunya cerita - bukan bikin tapi macam mau cakap ni - ish 'narrate' - susah juga kalu darjah 6 beritis bilang si yah.

    ReplyDelete
  6. Aku tau...yang tukang cari madu.wuakaka.sebab aku yang tukang buka jendela time dia pulang hahaha.

    ReplyDelete
  7. tapi antara kamu tiada saturang pun pernah tinggal di atas siling kan? wuahahaha...

    ReplyDelete
  8. kalu wayang jabatan penerangan..sampat juga sia tingu tu..sekitar taun 70-an..si aning baitu kan boss dia..parnah juga sia ikut mama pigi rumah makcik undaun..sia ambil kasampatan tanya,bila lagi ada wayang hehehe..tapi yg siuknya lapas wayang..ramai pengulas..terutama si somoto..dari mula sampai tamat kana ulas siap bakuntau lagi..hahahaha

    ReplyDelete
  9. Kyro - itu Taiko di Shah Alam tu - jan main2 Robin Hood bah itu. Ko tengok saja tangan dia masih ada tanda kesan jahitan - luka.

    ReplyDelete
  10. Kami dulu Illie peranah pulang dari Tandek,(Kedai) malam2. Aku pun lupa siapa2 kami tu mungkin Si L, Si Ning, Si Ungas (Ops Pacik)Arwah Makibin (Pacik), si Minah (bini cigu Ramli). Waktu ni famous ba lagu 'Janda Ku'. Kami teriak2 nyanyi2 lah sambil bejalan pulang konon. sampai depan rumah Arwah Si Ayu (Jerinih) (masa ni belum lagi ada rumah dia disini - hutan saja) tiba-tiba ada menyahut dri seberang (kuburan) - apa lagi kami putih kaki belari pulang.

    ReplyDelete